PEKELILING PENTADBIRAN: BIL.17/2025
PELANTIKAN PENDAFTAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Dimaklumkan bahawa Lembaga Pengarah Universiti telah meluluskan pelantikan YBhg. Dato’ Dr. Mohd Sharil bin Abdullah sebagai Pendaftar Universiti Teknologi Malaysia. Pelantikan ini adalah untuk tempoh tiga (3) tahun, berkuat kuasa dari 28 Mac 2025 hingga 27 Mac 2028.
2. Oleh itu, warga UTM diminta untuk memberikan kerjasama penuh dan sokongan kepada YBhg. Dato’ Dr. Mohd Sharil bin Abdullah sepanjang tempoh beliau sebagai Pendaftar. Bersama-sama, kita boleh berusaha untuk meningkatkan UTM dan menyumbang kepada kemajuan pendidikan tinggi di Malaysia.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
(Dilawati 2 kali, 2 lawatan hari ini)