Assalammualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa Universiti melalui Lembaga Pengarah Universiti pada 2 Oktober 2024 telah bersetuju untuk menerima pakai Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 mengenai Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dan pemakaian Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2024 mengenai Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan Tertinggi. Sehubungan itu, Universiti akan melaksanakan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam ini sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 dan Bilangan 2 Tahun 2024 berkuatkuasa mulai 1 Disember 2024.

2. Untuk makluman semua, tawaran opsyen SSPA akan dilaksanakan selama 40 hari mulai 21 Oktober 2024 hingga 30 November 2024. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa surat tawaran opsyen telah disediakan bagi pemilihan opsyen semua pegawai di Universiti Teknologi Malaysia mulai hari ini, 21 Oktober 2024 (Isnin).

3. Surat tawaran ini boleh diakses melalui Portal UTMHR. Sila rujuk infografik dan Manual Pengguna yang telah disediakan.

4. Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai SSPA, YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Saudara boleh melayari laman web SSPA UTM seperti URL berikut: https://registrar.utm.my/bsm/sspa/. Selain itu, slaid sesi libat urus dan rakaman Webex turut disediakan di laman web ini.

Jika YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Saudara mempunyai sebarang persoalan berbangkit, boleh emelkan pertanyaan kepada bsm@utm.my.

Sekian, terima kasih.

(Dilawati 51 kali, 1 lawatan hari ini)