Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas dan surat edaran Kementerian Pendidikan Tinggi dengan No. Rujukan: KPT.500-9/2/4 (20) bertarikh 5 April 2024 adalah berkaitan dan dirujuk.
- Adalah dimaklumkan bahawa JPA menerusi permohonan KPT telah melanjutkan tempoh pengisian MyPsyD bagi Universiti Awam sehingga 30 Jun 2024.
- Sehubungan dengan itu, semua staf UTM (status TETAP sahaja) dan masih belum membuat pengisian adalah diwajibkan untuk melengkapkan profiling MyPsyD bermula 1 Jun hingga 30 Jun 2024melalui pautan https://mypsyd.jpa.gov.my . Walau bagaimanapun, sebelum pengisian MyPsyD dilakukan, Y. Bhg. Tan Sri / Datuk / Dato’/ Prof / Dr / Saudara dimohon untuk mengemaskini data kesihatan kendiri di dalam HRMIS terlebih dahulu. Maklumat lanjut tatacara pengisian boleh dirujuk seperti di LAMPIRAN A. Sila gunakan emel UTM untuk akses kepada lampiran tersebut.
- Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, Y. Bhg. Tan Sri / Datuk / Dato’/ Prof / Dr / Saudara menghubungi Puan Siti Noraishah binti Mohammad Ramlan di talian 07-5530428 @ snoraishah@utm.my. Kerjasama dan perhatian saudara di dalam perkara ini didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
(Dilawati 66 kali, 1 lawatan hari ini)