SEJARAH PENDAFTAR

Pejabat Pendaftar ditubuhkan selari dengan wujudnya jawatan Pendaftar di Universiti ini di bawah Seksyen 10(1) Akta 30, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.  Pejabat Pendaftar berfungsi sebagai sebuah jabatan pentadbiran utama yang bertanggungjawab terhadap pengurusan “OPERASI” Universiti dalam memastikan “sistem tadbir urus berkualiti” serta memberi nasihat dalam hal-hal pengurusan dan pentadbiran organisasi.

Bermula dari penubuhan Institut Teknologi Kebangsaan pada tahun 1972 sehinggalah siapnya kampus Skudai pada tahun 1985, peranan Pejabat Pendaftar semakin signifikan kepada pengurusan dan pembangunan Universiti sejajar dengan proses transformasi Universiti. Pejabat Pendaftar sentiasa proaktif dan endah serta berperanan sebagai pemudahcara dalam sistem penyampaian yang efektif dan efisien.

Pada tahun 1993, Universiti telah memperkenalkan sistem modular di mana pengurusan pentadbiran diagih ke Fakulti / Bahagian iaitu Fakulti/Bahagian sebagai one stop centre. Manakala peranan Pejabat Pendaftar (peringkat Pusat) lebih menumpukan kepada hubungan dengan Agensi Pusat dan penggubal, perancang serta pengawal seliaan polisi serta peraturan.  Dalam memastikan aktiviti-aktiviti Pejabat Pendaftar dilaksanakan secara efisien, Pejabat Pendaftar mendapat pengiktirafan MS ISO 9001:2000 pada tahun 2004 dan telah diperbaharui kali ketiga pada tahun 2010.

Selaras dengan proses transformasi Universiti yang selari dengan Program Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara  Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Pejabat Pendaftar terus memikul tanggungjawab yang besar dalam membantu Universiti untuk mendapatkan status Universiti Penyelidikan pada 2010.  Manakala pada tahun 2011 peranan Pejabat Pendaftar semakin ketara apabila berjaya membantu Universiti untuk mendapatkan taraf Universiti Autonomi ketika menghadapi Audit University Good Governance Index (UGGI) dalam bidang Governan, Modal Insan dan Akademik.

KENALI MANTAN PENDAFTAR

Dato' Dr Mohd Sharil
Pendaftar Ke-11

YBHG. DATO’ DR. MOHD SHARIL BIN ABDULLAH

2 Januari 2025 - Kini
Puan Hajah Nor Azizah
Pendaftar Ke-10

PUAN HAJAH NOR AZIZAH BINTI ISMAIL

2 Januari 2022 – 1 Januari 2025
Encik Abdul Razib
Pendaftar Ke-9

ENCIK ABDUL RAZIB BIN HJ. SHAHUDDIN

2 Januari 2019 – 1 Januari 2022
Dato' Wan Mohd. Zawawi
Pendaftar Ke-8

YBHG. DATO' WAN MOHD. ZAWAWI BIN WAN ABD. RAHMAN

2004 – 2019
Puan Rahani
Pendaftar Ke-7

YBRS. PUAN RAHANI BINTI ABU BAKAR

2002 – 2004
Encik Kasiran
Pendaftar Ke-6

YBRS. ENCIK KASIRAN BIN SAMAN

1999 – 2002
Hj Ismail
Pendaftar Ke-5

YBHG. HJ ISMAIL BIN IBRAHIM

1988 – 1999
Dato' Syed Alwi
Pendaftar Ke-4

YBHG. DATO' SYED ALWI BIN SYED NORDIN

1984 – 1988
Hj. Azmil
Pendaftar Ke-3

YBHG. HJ. AZMIL BIN HJ. MOHD DAUD

1979 – 1984
Dato' Hj Mohd Amir
Pendaftar Ke-2

YBHG. DATO' HJ MOHD AMIR BIN HJ. YAAKOB

1976 – 1979
Dato' Ahmad Badri
Pendaftar Pertama

YBHG. DATO' AHMAD BADRI BIN MOHAMAD BASIR

1972 – 1976
(Dilawati 611 kali, 1 lawatan hari ini)
UTM Open Day