Kawasan Akademik adalah Kawasan Larangan bagi semua kenderaan pelajar pada waktu pejabat ( Ahad – Khamis ) (07:30 – 17:30) meliputi Kawasan Bagunan Pentadbiran dan bagunan-bagunan Fakulti yang berada di dalam Lingkaran Ilmu
Author Archives: nasirithnin
Adakah tahun satu boleh membawa kenderaan dalam kampus?
Tidak boleh, merujuk pekelilng Pelajar tahun 1 tidak di benarkan membawa kenderaan ke dalam kampus sekiranya di dapati ingkar Bahagian keselamatan akan mengeluarkan saman di bawah akta AUKU.
Seorang mahasiswa/i harus masuk ke Kampus selewat2nya jam berapa?
Mahasiswa/i seharusnya masuk balik ke Kampus selewat-lewatnya sebelum jam 12.00 tengah malam bagi mengelakan nama anda dari scan dan di rekod dalam Sistem Pulang lewat
Sekiranya saya ternampak seseorang yang mencurigakan di sekitar blok, apa perlu saya lakukan ?
Anda perlu menghubungi Segera Bahagian Keselamatan di talian 07-5530014 @ 07-5530002 Pastikan anda memberikan maklumat yang lengkap seperti berapa ramai, nayatakan ciri-ciri pakaian Suspek, kenal pasti kenderaan yang di gunakan dan catit no.pendaftran kenderaan tersebut, dan pastikan camkan muka untuk kenal pasti suspek sehingga bantuan dari Bhg. Keselamatan tiba untuk mengambil tindakan selanjutnya.
Dompet saya tercicir/ hilang / di curi apa patut saya lakukan?
Anda perlu membuat aduan di Bahagian Keselamatan untuk membuat report dan seterusnya anda di nasihatkan agar membuat report di Balai Polis berhampiran. (Pastikan anda hubungi Pihak Bank segera untuk OFF kan sebarang pengeluaran Wang tunai dari akaun anda.