Sistem Aduan

Sistem Aduan Keselamatan

Sistem Aduan Di Bahagian Keselamatan
Sekiranya anda kehilangan Hartabenda Peribadi contoh (Dompet,Telefon Bimbit,Komputer Riba, Motorsikal dan Lain-lain lagi) Pengadu perlu datang ke Bahagaian Keselamatan untuk membuat Aduan dan selepas Aduan dibuat Pihak kami menasihatkan agar Pengadu membuat Aduan di Balai Polis Berhampiran.

Aduan Secara Lisan Melalui Telefon
Sekiranya anda melihat seseorang yang tidak kenali atau mencurigakan di kawasan anda perlu menghubungi segera Bahagian Keselamatan di Talian 07-5530014 atau 07-5530002.

Aduan Melalui Lama Sosial Bahagian Keselamatan UTM Johor (www.facebook.com/bkesutm)
Sekiranya anda ada Aduan, Komen, Cadangan, Penambahbaikan dan melaporkan salahlaku Staf UTM atau Anggota Keselamatan anda boleh melaporakan terus ke INBOX FACEBOOK Bahagian Keselamatan UTM Johor.
Sekiranya anda ingin membuat aduan atau Cadangan minta Pengadu sertakan secara detail Contoh (Tarikh, Masa, Tempat, Nama, Jenis, Model dan Nombor Pendaftaran kenderaan, dan sebolehnya Ambil Gambar sebagai Bukti.

Aduan melalui Email bkesutm@gmail.com atau email terus ke Pengarah Keselamatan halimadam@utm.my

Sistem Aduan Universiti

Electronic Customer Support (eCS) – Aduan Kerosakan PHB
eCS bertujuan untuk membantu memudahkan pihak pengguna untuk melaporkan sebarang kerosakan berkaitan kemudahan dan infrastruktur bangunan (MEKANIKAL, ELEKTRIKAL, AWAM dan LANSKAP) yang disediakan oleh pihak Harta Bina untuk diambil tindakan.

Sistem ADU@IT
ADU@IT merupakan sistem bagi membuat aduan permasalahan atau kerosakan perkakasan komputer, permasalahan capaian ke internet, permasalahan dengan perisian komputer dan sistem maklumat universiti, membuat permohonan instalasi perisian komputer dan menyemak semula aduan yang telah dilaporkan.

Sistem Saluran Aduan & Cadangan Dalaman (SSACD)
SSACD menerima aduan mengenai ketidakpuasan terhadap tindakan pentadbiran di UTM yang dirasai tidak adil, tidak mematuhi undang-undang dan peraturan yang sedia ada termasuk salahlaku, penyelewangan, salahguna kuasa, salah tadbir dan seumpamanya.