LAWATAN BAHAGIAN KESELAMATAN UTHM KE BAHAGIAN KESELAMATAN UTM


Khamis, 13 Julai 2017- Bahagian Keselamatan UTM telah menerima lawatan daripada Bahagian Keselamatan UTHM bagi membuat kaji selidik perkhidmatan keselamatan Universiti Awam di Malaysia seterusnya membincangkan perancangan tahap keselamatan kampus UA. Lawatan bermula dari jam 10 pagi dan di ketuai oleh Ketua Bahagian Keselamatan UTHM iaitu Tuan Yusoff Bin Romli bersama seorang pegawai pengiring.

Lawatan telah disambut oleh Pengarah Keselamatan UTM, Tuan Abd Rahim Bin Hj. Abd Karim bersama pegawai-pegawai keselamatan UTM yang lain. Pelbagai maklumat telah dikongsikan oleh kedua-dua pihak dalam merealisasikan kaji selidik yang dijalankan.

Semoga perbincangan seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang bagi memastikan keselamatan kampus universiti awam di Malaysia sentiasa berada dalam kaedaan harmoni dan selamat.