+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

14570807_10208117524198311_1116781383712568453_o

Balai Bergerak Bahagian Keselamatan UTM
Tahap kepuasan pelanggan yang kini dijadikan sebagai kayu pengukur terhadap keberkesanan sesuatu perkhidmatan yang disediakan oleh mana-mana organisasi tidak lagi terbatas dengan perkhidmatan yang disediakan di kaunter pejabat malah perlu dipenuhi sehingga ke tempat di mana pelanggan yang memerlukan itu berada. Situasi ini menyebabkan sesebuah organisasi perlu kreatif dalam menghasilkan pelbagai inovasi bagi memastikan perkhidmatan yang disediakan terus kekal mendapat perhatian pelanggan bagi kelangsungan perniagaan organisasi tersebut.

Bahagian Keselamatan UTM yang dipertanggungjawabkan oleh pihak universiti bagi memastikan kampus universiti sentiasa selamat dan harmoni turut berhadapan dengan cabaran dalam memenuhi kehendak pelanggan semasa sama ada di kalangan warga kampus mahupun pelawat luar. Justeru bagi memantapkan sistem khidmat pelanggan, Bahagian Keselamatan telah melakukan inovasi dengan menghasilkan ‘Balai Bergerak’ yang bukan sahaja menyediakan perkhidmatan utama seperti kaunter aduan, semakan kesalahan dan saman, penjualan pelekat, operasi penguatkuasaan malah turut digunakan sebagai pusat operasi ketika majlis rasmi universiti berlangsung seperti Konvokesyen, Hari Pendaftaran Pelajar dan sebagainya.

Balai bergerak yang menyediakan pelbagai perkhidmatan ini turut menekankan konsep mesra pelanggan dengan memastikan semua aduan dan bantuan yang diperlukan dilaksanakan dengan berhemah, cepat dan tepat. Justeru diharapkan perkhidmatan yang disediakan oleh Bahagian Keselamatan Pejabat Pendaftar ini dapat memenuhi dan memuaskan kehendak pelanggan yang berurusan seterusnya menaikkan imej universiti.