BAYARAN INSENTIF IKHTISAS KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI
Kadar Bayaran
Kadar bayaran adalah seperti berikut:
50% x Imbuhan Tetap Jawatan Utama/Gred Khas
Bayaran Insentif Khas secara bulanan kepada Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian, Jurutera, Arkitek, Juruukur Bahan dan Akauntan bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi adalah seperti formula berikut:
Contoh Pengiraan:
Bil | Jawatan | Imbuhan Tetap Jawatan Utama/Gred Khas (RM) | Jumlah Sebulan (RM) |
1 | Utama ‘A’ | 2500 | 1250 |
2 | Gred Khas ‘A’ | 2000 | 1000 |
3 | Utama ‘B’ | 1500 | 750 |
4 | Gred Khas ‘B’ | 1200 | 600 |
5 | Utama ‘C’ | 1000 | 500 |
6 | Gred Khas ‘C’ | 800 | 400 |
Kelayakan
Bayaran Insentif Ikhtisas Kumpulan Pengurusan Tertinggi layak diberikan kepada pegawai yang berada di Kumpulan Pengurusan Tertinggi Sektor Awam.
Pembayaran elaun akan terhenti Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2019 mulai hari pertama apabila pegawai berada dalam keadaan berikut:
- Cuti Tanpa Gaji (termasuk Cuti Belajar Tanpa Gaji)
- Cuti Separuh Gaji (termasuk Cuti Belajar Separuh Gaji)
- Kursus (termasuk Cuti Belajar Bergaji Penuh) yang tempohnya melebihi 92 hari termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am
- Cuti Rehat yang tempohnya melebihi 28 hari berturut-turut termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am
- Cuti selain daripada Cuti Rehat, yang tempohnya melebihi 28 hari berturut-turut termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am
- Kombinasi mana-mana jenis cuti yang tempohnya melebihi 28 hari berturut-turut termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan, Hari Kelepasan Am dan hari-hari tidak hadir bekerja tanpa kebenaran
- Menjalankan tugas rasmi selain daripada tugas hakiki atas arahan Ketua Jabatan yang tempohnya melebihi 92 hari berturut-turut
Rujukan
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1996 (berkuatkuasa mulai 1 Januari 1996)
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2019 (berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020)
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1996
- Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1994
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 1980
(Dilawati 3,048 kali, 1 lawatan hari ini)