+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Seksyen Strategik dan Pentadbiran

Seksyen Strategik dan Pentadbiran menguruskan PSM staf Jabatan Pendaftar, Pentadbiran BSM, Latihan Industri Pelajar di UTM dan Strategik BSM

Pengurusan Sumber Manusia

Bahagian yang menguruskan perkhidmatan staf daripada lapor diri, pengesahan perkhidmatan, cuti, emolumen, penilaian prestasi, kenaikan pangkat, Anugerah dan lain-lain perkhidmatan pegawai sepanjang berkhidmat di Jabatan Pendaftar Universiti Teknologi Malaysia.

Pentadbiran Bahagian Sumber Manusia

Menyediakan perkhidmatan sokongan kepada bahagian bagi memastikan hal ehwal pentadbiran dan kewangan bahagian dilaksanakan dengan lancar dan cemerlang.

Latihan Industri di UTM

UTM menawarkan peluang latihan industri kepada pelajar-pelajar warganegara Malaysia daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta dalam dan luar negara. Tawaran ini dibuka kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf.

Pelan Transformasi Bakat UTM

Dokumen yang menggariskan teras utama, inisiatif, matlamat dan strategi sumber manusia UTM.

Laporan Pencapaian BSM

Laporan pencapaian tahunan Bahagian Sumber Manusia.

Sistem Sumber Manusia (UTMHR)

Sistem berpusat yang mengandungi modul-modul berkaitan sumber manusia staf UTM.
(Dilawati 87 kali, 1 lawatan hari ini)