+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Elaun Tugas Memandu Kenderaan

Kadar Bayaran

Jenis Kenderaan Kadar Sehari
Kereta/Van/Lori/Bot Berenjin RM5.00
Motorsikal RM3.00

Kelayakan

Pegawai yang layak dibayar Elaun Tugas Memandu Kenderaan hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Tugas hakiki pegawai bukan memandu kenderaan
  • Mempunyai lesen memandu kenderaan yang sah mengikut kategori kenderaan yang berkenaan
  • Bagi pegawai yang diarahkan untuk memandu bot Kerajaan, pegawai hendaklah mempunyai Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut Malaysia
  • Diarahkan oleh Ketua Jabatan untuk memandu kenderaan Kerajaan bagi menjalankan tugas-tugas rasmi jabatan
  • Memandu dan menguasai kenderaan berkenaan selama tidak kurang daripada 4 jam sehari.

     

  • Pemandu Kenderaan yang diarah untuk memandu bot Kerajaan adalah layak dibayar Elaun Tugas Memandu Kenderaan mengikut syarat-syarat di (iv) hingga (v) di atas
(Dilawati 3,187 kali, 9 lawatan hari ini)