Elaun Tanggungjawab Khas Pemandu
Kadar Bayaran
Kadar ETKP ialah RM150.00 sebulan.
Bil | Syarat Pembayaran |
1 |
Tempoh empat (4) jam adalah dikira mulai dari:
|
2 |
Pemandu Kenderaan bertugas secara syif atau atas panggilan (on-call), bilangan hari menjalankan tugas adalah merujuk kepada giliran bertugas Pemandu Kenderaan tersebut. |
3 |
Pembayaran pro rata (proportionate) dalam keadaan di mana tempoh perkhidmatan Pemandu Kenderaan tidak genap satu bulan calendar. Kaedah pengiraan ETKP secara pro rata (proportionate): |
Kelayakan
Elaun Tanggungjawab Khas Pemandu (ETKP) layak dibayar kepada Pemandu Kenderaan yang dikhususkan memandu, termasuklah menjaga dan menguruskan kenderaan-kenderaan seperti yang berikut:
Bil | Syarat Kelayakan |
1 | Kereta rasmi pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi Gred Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas |
2 | Ambulans |
3 | Kenderaan/jentera dengan Berat Tanpa Muatan (BTM) yang melebihi 5,000 kilogram. |
4 | Pemandu Kenderaan yang tidak dikhususkan memandu kenderaan tetapi diarahkan untuk memandu kenderaan tersebut pada masa-masa tertentu sahaja juga layak dibayar ETKP secara pro rata (proportionate) tertakluk tempohnya adalah tidak kurang daripada empat (4) jam sehari. |
Elaun Tanggungjawab Khas Pemandu (ETKP) hendaklah diberhentikan kepada pegawai dalam keadaan berikut:
- Cuti Tanpa Gaji (termasuk Cuti Belajar Tanpa Gaji)
- Cuti Separuh Gaji (termasuk Cuti Belajar Separuh Gaji)
- Kursus (termasuk Cuti Belajar Bergaji Penuh) yang tempohnya melebihi 92 hari termasuk Hari Rehat Mingguan dan Hari Kelepasan Am
- Cuti Rehat yang tempohnya melebihi 28 hari berturut-turut termasuk Hari Rehat Mingguan dan Hari Kelepasan Am
- Cuti selain daripada Cuti Rehat, yang tempohnya melebihi 28 hari berturut-turut termasuk Hari Rehat Mingguan dan Hari Kelepasan Am
- Kombinasi mana-mana jenis cuti yang tempohnya melebihi 28 hari berturut-turut termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Am dan hari-hari tidak hadir bekerja tanpa kebenaran
- Menjalankan tugas rasmi selain daripada tugas hakiki atas arahan Ketua Jabatan yang tempohnya melebihi 92 hari berturut-turut.
Rujukan
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2019 (berkuatkuasa mulai 1 April 2019)
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2008 (Dibatalkan)
- Surat Edaran JPA 63/17/4/ KLT.7 (36) bertarikh 18 Mei 2010 (Dibatalkan)
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 1997 (Dibatalkan)
(Dilawati 4,102 kali, 1 lawatan hari ini)