+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Elaun Pemangkuan Kerja

Kadar Bayaran

Elaun Pemangkuan ialah perbezaan di antara gaji permulaan (P1T1) dalam jadual matriks gred jawatan yang dipangku dengan gaji hakiki pegawai. Sekiranya jumlah perbezaan itu sama atau lebih daripada satu pergerakan gaji biasa di gred hakikinya, maka pegawai akan dibayar Elaun Pemangkuan sebanyak perbezaan tersebut.

Contoh :

Jurutera Gred J41 memangku Gred J44

(a) Gaji hakiki pegawai di Gred J41                        = RM2547.45(P1T6)

(b) Satu Pergerakan Gaji Biasa Di Gred J41         = (P1T7) – (P1T6)
                                                                               = RM2639.29 – RM2547.45
                                                                               = RM91.84

(c) Gaji permulaan di Gred J44                              = RM3026.12 (P1T1)

(d) Perbezaan (c) – (a)                                           = [P1T1(J44)] – [P1T6(J41)]
                                                                               = RM 3026.12 – RM2547.45
                                                                               = RM478.67 [lebih daripada satu pergerakan gaji biasa di gred hakikinya (J41)]

Elaun Pemangkuan = RM478.67 [Perbezaan gaji permulaan gred jawatan yang dipangku (J44) dengan gaji hakiki pegawai (J41)]

Kelayakan

Pegawai yang sedang memangku layak dibayar elaun pemangkuan mengikut syarat seperti berikut: 

a) Pegawai hendaklah memangku selama dua puluh lapan (28) hari berturut-turut termasuk hari cuti mingguan dan kelepasan am. Dalam tempoh pemangkuan ini, pegawai boleh mengambil cuti rehat atau cuti sakit secara terkumpul yang tidak melebihi daripada lima (5) hari bekerja bagi tempoh dua puluh lapan (28) hari pertama; dan 

b) Seseorang pegawai yang telah memangku sesuatu jawatan bagi tempoh yang disyaratkan di perenggan 25 (a) dan kemudian meninggalkan jawatan yang dipangkunya selama dua puluh lapan (28) hari atau lebih berturut-turut, termasuk hari kelepasan am, maka pegawai berkenaan tidak layak dibayar Elaun Pemangkuan bagi tempoh tersebut.

c) Walau apa pun di(b), pegawai masih layak dibayar Elaun Pemangkuan dalam keadaan berikut:

  1. menghadiri kursus yang diarah oleh Kerajaan; 
  2. meninggalkan jawatan untuk menjalankan tugas rasmi lain atas arahan Kerajaan; atau
  3. dibenarkan bercuti sakit yang disokong oleh sijil sakit;
    dengan syarat tempoh tersebut tidak melebihi sembilan puluh dua (92) hari berturut-turut termasuk hari kelepasan am.

Elaun Pemangkuan hendaklah dikira semula pada tiap-tiap kali tarikh pergerakan gaji tahunan ataupun pada bila-bila masa gaji pegawai berkenaan berubah.

Rujukan

(Dilawati 5,633 kali, 6 lawatan hari ini)