Elaun Lebih Masa

Kadar Bayaran

Formula kiraan bayaran Elaun Lebih Masa adalah seperti berikut;

 

Kelayakan

 Semua kakitangan dalam Kumpulan Sokongan adalah LAYAK dibayar Elaun Lebih Masa kecuali Anggota dalam perkhidmatan Polis, Penjara, Bomba dan Tentera

Manakala bagi kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah TIDAK LAYAK dibayar Elaun Lebih Masa.

Corak kerja lebih masa adalah meliputi semua jenis tugas seperti perkhidmatan kaunter, pemerosesan, penyeliaan dan pengawasan dengan tertakluk kepada syarat-syarat kerja seperti berikut;

  1. Kerja – kerja kecemasan
  2. Kerja mustahak dan tidak boleh ditangguhkan kepada hari berikutnya oleh sebab penangguhan itu boleh memudaratkan perkhidmatan
  3. Kerja-kerja yang dikehendaki dibuat oleh anggota melebihi daripadat bidang tugas biasanya
  4. Kerja-kerja yang perlu diuruskan dalam jangkamasa yang terhad

Rujukan

  1. Perintah Am Bab G
  2. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 1 Tahun 1980
  3. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991
  4. Pekeliling Bendahari UTM Bil. 1 Tahun 2012
(Dilawati 913 kali, 1 lawatan hari ini)