Elaun Khas Tugas Pentadbiran

Kadar Bayaran

Jawatan Elaun (RM)
Pro-Naib Canselor 1500
Dekan 1000
Dekan 900
Pengerusi/Pengerusi Penyelidikan 800
Pengerusi Sekolah 800
Pengarah/ Pengarah Kerja 800
Pengarah/ Pengarah Institut 700
Pengarah 600
Timbalan Pengarah 700
Timbalan Pengarah 600
Timbalan Dekan 800
Timbalan Pengerusi 700
Pengetua Kolej 700
Penolong Dekan 700
Naib Pengerusi Sekolah 600
Pengurus 600
Pengurus Akademik 600
Pengurus Teknologi Maklumat 600
Eksekutif Penyelidik 600


*Nota:
Jika penyandang memegang 2 jawatan dalam satu masa maka elaun khas pentadiran hanya dibayar salah satu kadar sahaja mengikut mana yang tertinggi.

Kelayakan

Penyandang layak menerima Bayaran Elaun Khas Pentadbiran sepanjang tempoh lantikan sebagai Pentadbir Akademik KECUALI dalam keadaan seperti berikut:

  1. Bercuti tanpa gaji (termasuk cuti belajar tanpa gaji);
  2. Bercuti separuh gaji (termasuk cuti belajar separuh gaji);
  3. Diluluskan Cuti Sabatikal Khas;
  4. Berkursus dengan bergaji penuh melebihi 3 bulan;
  5. Bercuti rehat melebihi 28 hari berturut-turut;
  6. Cuti Haji, Cuti Bersalin & Cuti Sakit yang melebihi 28 hari berturut-turut; atau
  7. Meninggalkan perkhidmatan atas apa-apa sebab lain selama 28 hari berturut-turut

*Bayaran Elaun Khas Pentadbiran akan ditamatkan bagi tempoh seperti di atas. Walau bagaimanapun, Universiti boleh melantik staf akademik lain untuk menjalankan tugas pentadbiran dalam tempoh tersebut dan dibayar elaun menjalankan tugas mengikut kadar kelayakan jawatan tersebut.

Rujukan

  1. Pekeliling Perkhidmatan Bil.6 Tahun 1985
  2. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 Tahun 1995
  3. Garis Panduan lengkap berkenaan Pelantikan Pentadbir Akademik yang telah disediakan oleh Unit Governan, Pejabat Pendaftar, UTM Johor Bahru boleh dirujuk di pautan ini. Klik Sini
(Dilawati 2,364 kali, 1 lawatan hari ini)