Bayaran Imbuhan Sara Hidup (BISH)
Kadar Bayaran
- Kadar Bayaran Imbuhan Sara Hidup (BISH) seperti jadual berikut :
Jadual 1 : Kadar Bayaran Imbuhan Sara Hidup
Kawasan | Kadar Sebulan (RM) | |
Kumpulan Pengurusan dan Profesional | Kumpulan Pelaksana | |
Kawasan A | 300 | 350 |
Kawasan B | 250 | 300 |
Kawasan Lain | 150 | 200 |
2. Kawasan A dan B adalah berdasarkan persempadanan kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan yang ditetapkan seperti berikut:
Pihak Berkuasa Tempatan : Kawasan A
Negeri | Pihak Berkuasa Tempatan |
Wilayah Persekutuan | Kuala Lumpur dan Putrajaya |
Pulau Pinang | Pulau Pinang dan Seberang Perai |
Selangor | Ampang Jaya, Kajang, Klang, Petaling Jaya, Selayang, Sepang, Shah Alam dan Subang Jaya |
Johor | Johor Bahru dan Iskandar Puteri |
Pihak Berkuasa Tempatan : Kawasan B
Negeri | Pihak Berkuasa Tempatan |
Johor | Batu Pahat, Kluang, Kulai, Muar, Pasir Gudang dan Segamat |
Kedah | Alor Setar, Kulim, Langkawi, Sungai Petani dan Kubang Pasu |
Kelantan | Kota Bharu |
Melaka | Alor Gajah, Bandar Melaka dan Jasin |
Negeri Sembilan | Nilai, Port Dickson dan Seremban |
Perak | Ipoh, Kuala Kangsar, Manjung, Taiping dan Teluk Intan |
Pahang | Bentong, Kuantan dan Temerloh |
Perlis | Kangar |
Terengganu | Kemaman, Kuala Terengganu dan Dungun |
3. Kadar Bayaran Imbuhan Sara Hidup (BISH) bagi pegawai yang diperuntuk Rumah Kerajaan adalah seperti berikut:
a. | Rumah Kerajaan dalam lingkungan 25 kilometer radius dari tempat kerja (pejabat) dibayar atas kadar separuh daripada kelayakan pegawai; atau |
b. | Rumah Kerajaan melebihi 25 kilometer radius dari tempat kerja (pejabat) dibayar atas kadar penuh. |
Kelayakan
Pegawai yang layak menerima Bayaran Imbuhan Sara Hidup (BISH) adalah seperti berikut :
a. | Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana; |
b. | lantikan tetap, sementara, kontrak (Contract of Service) dan guru interim; |
c. | diluluskan sebarang jenis cuti bergaji penuh; |
d. | diluluskan sebarang jenis cuti separuh gaji dibayar atas kadar separuh; |
e. | diluluskan Cuti Belajar Bergaji Penuh di dalam negara dibayar mengikut lokasi institusi pengajian; atau |
f. | diluluskan Cuti Belajar Separuh Gaji di dalam negara dibayar atas kadar separuh mengikut lokasi institusi pengajian. |
(Dilawati 18,311 kali, 1 lawatan hari ini)