Bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor
Kadar Bayaran
Kelayakan | Kadar Bayaran |
Tidak mempunyai sijil | RM40.00 |
Mempunyai sijil | RM80.00 |
Bagi tujuan memperoleh sijil,PT (P/O) perlu menduduki dan lulus peperiksaan yang dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Perolehan Kerajaan, Perbendaharaan Malaysia.
Kelayakan
- Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) yang layak dibayar BITPS adalah mereka yang menjalankan tugas pengurusan stor sepenuh masa dalam bidang berikut:
- Kawalan Stor
- Penstoran
- Bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor (BITPS)) hendaklah diberhentikan kepada PT (P/O) dalam keadaan ia meninggalkan tugasnya selama 28 hari dan lebih secara berturut-turut.
- Pengecualian diberi kepada mereka yang meninggalkan tugasnya bagi tempoh yang tidak melebihi 92 hari berturut-turut termasuk hari kelepasan mingguan dan kelepasan am, dalam keadaan berikut:
- Menghadiri kursus yang diarahkan oleh Ketua Jabatan
- Menjalankan tugas rasmi atas arahan Ketua Jabatan
- Bercuti sakit yang disokong oleh sijil sakit mengikut Perintah Am Bab ‘C’
(Dilawati 2,242 kali, 1 lawatan hari ini)