+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

BAYARAN INSENTIF IKHTISAS KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI

Kadar Bayaran

Kadar bayaran adalah seperti berikut:

50% x Imbuhan Tetap Jawatan Utama/Gred Khas

Bayaran Insentif Khas secara bulanan kepada Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian, Jurutera, Arkitek, Juruukur Bahan dan Akauntan bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi adalah seperti formula berikut:

 

Contoh Pengiraan:

Bil Jawatan Imbuhan Tetap Jawatan Utama/Gred Khas (RM) Jumlah Sebulan (RM)
1 Utama ‘A’ 2500 1250
2 Gred Khas ‘A’ 2000 1000
3 Utama ‘B’ 1500 750
4 Gred Khas ‘B’ 1200 600
5 Utama ‘C’ 1000 500
6 Gred Khas ‘C’ 800 400

 

Kelayakan

Bayaran Insentif Ikhtisas Kumpulan Pengurusan Tertinggi layak diberikan kepada pegawai yang berada di Kumpulan Pengurusan Tertinggi Sektor Awam.

Pembayaran elaun akan terhenti Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2019 mulai hari pertama apabila pegawai berada dalam keadaan berikut:

  1. Cuti Tanpa Gaji (termasuk Cuti Belajar Tanpa Gaji)
  2. Cuti Separuh Gaji (termasuk Cuti Belajar Separuh Gaji)
  3. Kursus (termasuk Cuti Belajar Bergaji Penuh) yang tempohnya melebihi 92 hari termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am
  4. Cuti Rehat yang tempohnya melebihi 28 hari berturut-turut termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am
  5. Cuti selain daripada Cuti Rehat, yang tempohnya melebihi 28 hari berturut-turut termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am
  6. Kombinasi mana-mana jenis cuti yang tempohnya melebihi 28 hari berturut-turut termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan, Hari Kelepasan Am dan hari-hari tidak hadir bekerja tanpa kebenaran
  7. Menjalankan tugas rasmi selain daripada tugas hakiki atas arahan Ketua Jabatan yang tempohnya melebihi 92 hari berturut-turut

 

(Dilawati 2,279 kali, 2 lawatan hari ini)