Penanggungan Kerja

Definisi

Penanggungan Kerja merupakan pelaksanaan tugas suatu jawatan lain oleh seseorang pegawai di samping melaksanakan tugas jawatannya sendiri bagi suatu tempoh yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Melulus yang berkenaan.

Peraturan

Penanggungan kerja boleh dilaksanakan jika:-

  • Terdapat kekosongan jawatan secara hakiki atau operasi; dan
  • Tugas jawatan yang kosong itu mustahak dilaksanakan secara berterusan supaya fungsi organisasi tidak terjejas.
  • Jawatan yang hendak ditanggung wujud sama ada dalam Anggaran Belanja Mengurus atau Waran Perjawatan.

Arahan

Arahan penanggungan kerja perlu dibuat secara bertulis oleh Ketua Jabatan. 

Tempoh Penanggungan Kerja

Tempoh penanggungan kerja hendaklah tidak melebihi enam (6) bulan. Sekiranya ada keperluan, Ketua Jabatan hendaklah membuat permohonan semula supaya pegawai diluluskan untuk terus menanggung kerja kepada Pihak Berkuasa Melulus.

Siapakah Yang Layak Menanggung Kerja

Pegawai yang layak diperakukan untuk menanggung kerja ialah:-

  1. Pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan;
  2. Sekiranya tiada pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan, pegawai yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya setahun boleh diperakukan; dan
  3. Keutamaan untuk penanggungan kerja hendaklah diberi kepada pegawai yang paling layak dari segi pengalaman, kelayakan, kemahiran, kepakaran dan berprestasi baik.

Dokumen yang diperlukan bagi tujuan kelulusan penanggungan kerja adalah seperti berikut:

Peringkat Persedian dan Perakuan:

  • Kenal pasti jawatan kosong dan sebab
  • Kenal pasti pegawai
  • Tentukan tempoh penanggungan kerja
  • Arahan bertulis kepada pegawai
  • Mengemukakan perakuan kepada Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar dengan menyertakan dokumen berikut:
    1. Jadual Perakuan Penanggungan Kerja
    2. Salinan Surat Arahan Penanggungan Kerja
    3. Senarai Tugas Staf Menanggung Kerja
    4. Senarai Tugas Jawatan Ditanggung Kerja
    5. Carta Organisasi (kedudukan staf dan jawatan yang ditanggung kerja)
    6. Justifikasi Pelangkauan (jika berkaitan)
    7. Dokumen-Dokumen Sokongan Yang Melayakkan (jika ada)
    8. Rekod Kehadiran Staf Dalam Tempoh Penanggungan Kerja

 

SOALAN LAZIM

PENANGGUNGAN KERJA

  1. Dalam situasi bagaimanakah urusan penanggungan kerja dapat dilaksanakan?

Sekiranya terdapat kekosongan jawatan secara hakiki atau operasi dan tugas jawatan yang kosong itu mustahak dilaksanakan secara berterusan supaya fungsi organisasi tidak terjejas.

  1. Berapa lamakah tempoh penanggungan kerja?

Tempoh penanggungan kerja hendaklah tidak melebihi enam (6) bulan. Sekiranya ada keperluan, Ketua Jabatan hendaklah membuat permohonan semula supaya pegawai diluluskan untuk terus menanggung kerja kepada Pihak Berkuasa Melulus.

  1. Siapakah yang layak menanggung kerja?

Pegawai yang layak diperakukan untuk menanggung kerja ialah:-

    • Pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan;
    • Sekiranya tiada pegawai yang telah disahkandalam perkhidmatan, pegawai yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya setahun boleh diperakukan; dan
    • Keutamaan untuk penanggungan kerja hendaklah diberi kepada pegawai yang paling layak dari segi pengalaman, kelayakan, kemahiran, kepakaran dan berprestasi baik.
  1. Berapakah Kadar Elaun Penanggungan kerja bagi jawatan terbuka?

Kadar Elaun Penanggungan Kerja dikira berdasarkan kepada gaji permulaan skim perkhidmatan pegawai yang menanggung kerja jawatan terbuka.

  1. Bolehkah seseorang pegawai menanggung kerja dua (2) jawatan pada masa yang sama?

Tidak boleh. Ini disebabkan pegawai hanya layak dibayar satu (1) Elaun Penanggungan Kerja sahaja pada satu masa.

  1. Bolehkah seorang Pembantu Makmal Gred C19 menanggung kerja jawatan Penolong Pegawai Sains Gred C29?

Pembantu Makmal Gred C19 tersebut perlu mempunyai kelayakan sebagaimana yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Sains Gred C29 untuk membolehkan beliau menanggung tugas berkenaan.

Sila rujuk Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Peraturan 10 Ceraian PO 1.1.6 (Peraturan Penanggungan Kerja Perkhidmatan Awam)

(Dilawati 4,744 kali, 4 lawatan hari ini)