Pengesahan Dalam Perkhidmatan

 

Pengesahan Dalam Perkhidmatan bermaksud proses memperakukan pegawai memenuhi semua syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan atau apa-apa syarat lain yang ditentukan dari semasa ke semasa. Setiap pegawai yang dilantik dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan sekurang-kurangnya minima 1 tahun dan maksima 3 tahun.

Pengesahan Dalam Perkhidmatan dilaksanakan berdasarkan Peraturan 29, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A) 1/2012]. Bagi membolehkan seseorang pegawai disahkan dalam Perkhidmatan, pegawai perlu memenuhi semua syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan atau apa-apa syarat lain yang ditentukan dari semasa ke semasa.

 

 

 

AKADEMIK

Permohonan pengesahan dalam perkhidmatan staf akademik boleh dikemukakan ke BSM sekiranya staf telah memenuhi syarat berikut:-

  1. Memenuhi tempoh percubaan 1 hingga 3 tahun;
  2. Hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda (PTM);
  3. Lulus Sijil Pengajaran dan Pembelajaran (SPPT); dan
  4. Diperakukan oleh Ketua Jabatan.

Staf juga perlu memenuhi syarat tambahan yang telah ditetapkan oleh Universiti Teknologi Malaysia seperti berikut:

  1. Pengesahan Perisytiharan Harta (setiap 5 tahun atau jika berlaku perubahan pada rekod harta);
  2. Rekod Kehadiran yang cemerlang mulai tarikh lantikan tetap;
  3. Syarat tambahan yang diberikan bersama surat tawaran pelantikan Jika Ada (contohnya melepasi syarat Bahasa Inggeris dengan minimum skor IELTS 6.5 atau TOEFL 6.00);
  4. Bagi markah prestasi kurang daripada 80% dalam tahun semasa hendaklah dikemukakan bersama ulasan dan justifikasi ketua jabatan

BUKAN AKADEMIK

Pengesahan dalam perkhidmatan staf bukan akademik boleh dikemukakan ke BSM sekiranya staf telah memenuhi syarat yang ditetapkan. Berikut adalah syarat pengesahan tersebut:-

  1. Menamatkan tempoh percubaan dengan memuaskan;
  2. Lulus peperiksaan perkhidmatan yang disyaratkan;
  3. Hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda;
  4. Lulus dengan jayanya Prorgram Sijil Eksekutif Pendidikan Tinggi (SEPT) – bagi Gred 9 ke atas; dan
  5. Diperakukan oleh Ketua Jabatan

Syarat tambahan yang ditetapkan oleh Universiti Teknologi Malaysia adalah seperti berikut:

  1. Perisytiharan Harta (setiap 5 tahun atau jika berlaku perubahan pada rekod harta);
  2. Rekod Kehadiran yang cemerlang mulai tarikh lantikan tetap;
  3. Markah prestasi yang cemerlang (1 tahun perkhidmatan (90%), 2 tahun perkhidmatan (85%), 3 tahun perkhidmatan (80%)

Staf yang belum memenuhi syarat-syarat pengesahan dalam perkhidmatan akan dipertimbangkan untuk dilanjutkan tempoh percubaan atau ditamatkan perkhidmatan. 

Peringkat Persediaan dan Perakuan:

1. Mengenalpasti staf dalam tempoh percubaaan

2. Menyemak kelayakan staf berdasarkan syarat-syarat untuk disahkan dalam perkhidmatan/ pelanjutan tempoh percubaan

3. Mengemukakan dokumen yang telah lengkap kepada Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar seperti berikut (Dalam bentuk hardcopy dan untuk staf Akademik perlu di muat naik di Sistem ATRACKS):

 

Bil Senarai Dokumen Akademik PPP
1 Jadual Perakuan (Dimajukan Hardcopy Asal ke BSM bagi semua permohonan)
2 Lampiran A (1) atau A (2) – Borang Perakuan Jabatan
3 Lampiran B – Lampiran PP.1.1.2(B) Tawaran Opsyen Untuk Skim KWSP
4 Salinan Keputusan Peperiksaan Perkhidmatan (Jika berkenaan)
5 Salinan Sijil PTM/Induksi / Surat Kelulusan Pengecualian PTM)
6 Salinan CEC/SEPT/SPPT/BC4DCP/SKAA
7 Rekod Jenis Kesalahan Kehadiran Staf (Disahkan Peratus Kehadiran)
8 Lampiran C – Markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan
9 Salinan Keputusan Perisytiharan Harta
10 Salinan Surat Tawaran dan Syarat Lantikan
11 Kronologi Perkhidmatan (Staf Akademik Sahaja)

12

Lain-lain dokumen tambahan:

– Salinan Keputusan IELTS (Jika berkenaan)

– Maklumat Pencapaian Perkhidmatan sepanjang tempoh percubaan

– Data penyelidikan dan penerbitan

 √

    Catatan: 

    1. Sila susun mengikut susunan diatas.
    2. Semua Salinan hendaklah disahkan.
    3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
    4. Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada keputusan Universiti.

    Sebarang pertanyaan boleh hubungi Urus Setia Seksyen Perkhidmatan dan Saraan di alamat emel spks@utm.my.

     

    Berikut merupakan dokumen yang diperlukan bagi urusan Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Pelanjutan Tempoh Percubaan.

    1. Dokumen Perakuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan
    2. Dokumen Perakuan Pelanjutan Tempoh Percubaan
    3. Lampiran PP.1.1.2(B) – Opsyen KWSP

     

     1. Apakah nama Jawatankuasa yang meluluskan pengesahan perkhidmatan di Universiti ini?

    i)    Pegawai  Akademik : Perakuan melalui Mesyuarat  Jawatankuasa Pemilih Bagi Jawatan Guru Selain Jawatan Kursi 

    ii)   Pegawai  Gred 44 dan ke atas: Perakuan melalui Mesyuarat  Jawatankuasa Pemilih Pengurusan Profesional (Gred 44 ke atas)

    iii)  Pegawai  Gred 41 hingga 43: Perakuan melalui Mesyuarat  Jawatankuasa Pemilih Pengurusan Profesional (Gred 41)

    iv)  Pegawai  Gred 1 hingga 40: Mesyuarat Jawatankuasa Pemilih Kumpulan Pelaksana 

    Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti meluluskan semua perakuan pengesahan dalam perkhidmatan

     

    2. Apakah syarat–syarat pengesahan dalam perkhidmatan untuk Pegawai akademik?

       J    :     Pegawai yang layak disahkan dalam perkhidmatan adalah :

     i) telah dilantik ke dalam jawatan tetap dengan tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun

    ii) telah memenuhi syarat seperti yang ditetapkan dalam surat pelantikan dan Skim Perkhidmatan jawatan berkenaan

    iii)  diperaku oleh Ketua Jabatan

    iv) Hadir dengan jayanya Kursus Induksi/Program Transformasi Minda (PTM)

    v) Hadir dengan jayanya Sijil Pengajaran Pengajian Tinggi (SPPT) bagi lantikan staf selepas November 2009.

    vi) Memperolehi Laporan Penilaian Prestasi tahun semasa sebanyak 80% dan ke atas.  Sekiranya markah kurang daripada 80% atau  menunjukkan penurunan daripada tahun sebelumnya.  Kemukakan ulasan/justifikasi ketua jabatan

      Syarat Tambahan :         

    1. i) Rujuk surat tawaran yang ditawarkan :

             – Melepasi mata IELTS 6.5 atau melepasi mata TOEFL 6.00

     

     3. Apakah syarat–syarat pengesahan dalam perkhidmatan untuk staf sokongan dan pelaksana

    i)   telah dilantik ke dalam jawatan tetap dengan tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun

    ii)  telah memenuhi syarat seperti yang ditetapkan dalam surat pelantikan dan Skim Perkhidmatan jawatan berkenaan

    iii)  diperaku oleh Ketua Jabatan

    iv) Hadir dengan jayanya Kursus Induksi/Program Transformasi Minda (PTM)

    v) Lulus peperiksaan perkhidmatan yang disyaratkan

    vi) Markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan bagi tempoh 3 tahun yang telah disahkan oleh ketua jabatan                       

     

    4. Apakah syarat–syarat pengesahan dalam perkhidmatan untuk staf Pengurusan dan Profesional (Gred 41)

        i)  telah dilantik ke dalam jawatan tetap dengan tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun

       ii) telah memenuhi syarat seperti yang ditetapkan dalam surat pelantikan dan Skim Perkhidmatan jawatan berkenaan

      iii) diperaku oleh Ketua Jabatan

      iv) Hadir dengan jayanya Kursus Induksi/Program Transformasi Minda (PTM)

      v) Lulus dengan jayanya Program Sijil Eksekutif Pendidikan Tinggi (SEPT) untuk Gred 41 dan ke atas mulai lantikan 1 Julai 2015

     vi) Markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan bagi tempoh 3 tahun yang telah disahkan oleh ketua jabatan

     

    5. Bagaimanakah tarikh Pengesahan Dalam Perkhidmatan seseorang pegawai ditentukan?

      J    :     Setiap pegawai yang dilantik dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan sekurang-kurangnya minima 1 tahun dan  maksima 3 tahun.

    Tarikh Pengesahan Dalam Perkhidmatan bagi seseorang pegawai ditentukan sebagaimana berikut: 

    • Sehari selepas genap satu (1) tahun perkhidmatan setelah mematuhi syarat yang ditetapkan; dan
    • Sehari selepas menghadiri dengan jayanya kursus Induksi/Program Transformasi Minda;
    • Sehari selepas menduduki peperiksaan yang dilulusinya;
    • Sehari selepas tarikh kuat kuasa opsyen;
    • dan Sehari selepas tarikh perakuan Ketua Jabatan bagi yang dilanjutkan tempoh percubaan kerana tidak mendapat sokongan Ketua Jabatan.

     

    1. Adakah staf yang berkhidmat dalam tempoh 1 tahun layak untuk disahkan dalam perkhidmatan?

    Sekiranya staf telah memenuhi semua syarat pengesahan yang ditetapkan, maka staf adalah layak disahkan dalam perkhidmatan.

    2.  Sekiranya staf telah memenuhi semua syarat pengesahan yang telah ditetapkan, tetapi Ketua Jabatan tidak perakukan staf untuk disahkan dalam perkhidmatan, adakah staf boleh tidak disahkan?

    Ya. Staf boleh tidak disahkan dalam perkhidmatan seterusnya ditamatkan perkhidmatan apabila tidak mendapat perakuan Ketua Jabatan kerana salah satu syarat pengesahan dalam perkhidmatan adalah perakuan Ketua Jabatan.

     

     

     

     

    UTM Open Day