+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

MAJLIS SERAH MENYERAH TUGAS UTM KUALA LUMPUR

13501844_10208415405294484_8646109564525254355_n

Kuala Lumpur 30 June 2016 – Satu Majlis serah menyerah tugas antara Tuan Mohd Faizal Bin Abd. Latib (Pegawai Keselamatan UTMKL) dan En Khairul Zaman Bin Mohd Radzi (Pen. Pegawai Keselamatan UTMKL) telah di adakan bertempat di Dewan Seminar Menara Razak sekitar jam 0830H. Dalam Majlis menandatangani penyerahan tugas tersebut yang mana telah disaksikan oleh Ybhg. Prof. Dr. Durrishah Idrus (Pengarah Kampus UTMKL), Tuan Abd. Rahim Bin Abd. Karim (Pengarah Keselamatan UTM Johor Baharu), En Nasir Bin Osman – (Penolong Pendaftar Kanan UTMKL), Puan Siti Salamah Bte Mohd Shihab (Ketua Pentadbiran UTMKL) serta En Mohamad Isa Bin Haji Hamzah (Pen. Pegawai Keselamatan Kanan UTMKL).

Tujuan majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk menggantikan Tuan Mohd Faizal yang akan berpindah dan bertugas di UTM Johor Baharu pada 3 Julai 2016. Beliau telah berkhidmat bersama UTMKL semenjak dari Tahun 2005 sehingga 2016 sebelum bercuti belajar pada Tahun 2012 dan bertugas semula pada tahun berikutnya iaitu 2014.

Berkuatkuasa daripada tarikh 3 Julai 2016 En. Khairul Zaman bin Mohd Radzi akan memangku tugas dan tanggungjawab pegawai keselamatan UTM Kuala Lumpur. Beliau berkhidmat di Unit Keselamatan pada tahun 2014 hingga kini.

Pada Majlis ini juga seramai 25 orang anggota Unit Keselamatan UTMKL telah hadir bagi menyaksikan Upacara menandatangani Buku serah menyarah tugas antara kedua-dua pegawai tersebut. Majlis selesai sekitar jam 1130H serta sesi bergambar bersama anggota.dan para pegawai Universiti.

13532989_10208415405734495_1066377246212043864_n

13522772_745255985617096_5848070183445917281_o

13483128_745256055617089_6794158088487129492_o

13507123_10208415405334485_1400751171193732014_n

13558617_745256168950411_4176835667546740698_o

13528579_745256425617052_5707058166039923692_o

13524400_10208415405934500_8071375286002561822_n