+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my
Select Page

PENCALONAN ANUGERAH MAPG 2021

Majlis Anugerah Permata Gemilang (MAPG) adalah majlis tahunan yang diadakan oleh Jabatan Pendaftar bagi menghargai staf Jabatan Pendaftar yang telah mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Majlis MAPG bagi tahun 2020 telah ditangguhkan pelaksanaannya berikutan pandemik Covid-19 yang tidak mengizinkan pelaksanaan majlis secara fizikal. Pihak penganjur bercadang untuk mengadakan MAPG secara atas talian melibatkan penerima Anugerah bagi tahun 2020 dan 2021.

TARIKH : 10 November 2021 (Rabu)
MASA : 9.00 pagi hingga selesai
KAEDAH : Cisco Webex Meeting

Sehubungan dengan itu, semua staf Jabatan Pendaftar yang memenuhi syarat anugerah dipelawa mengisi borang pencalonan. Untuk maklumat lanjut berkenaan berkenaan anugerah-anugerah tersebut, sila layari laman web MAPG 2021. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 21 Oktober 2021 (Khamis) jam 12 tengahari.

Pelbagai anugerah MAPG kini dibuka untuk pencalonan iaitu:

Anugerah Inovasi Jabatan Pendaftar

SYARAT/KELAYAKAN

  • Staf Jabatan Pendaftar.
  • Inovasi yang dilaksanakan pada tahun 2020 yang belum pernah dipertandingkan dalam Anugerah Inovasi Jabatan Pendaftar sebelum ini.
  • Inovasi telah didaftarkan dengan Jawatankuasa Inovasi Jabatan Pendaftar
  • Inovasi telah dibentangkan dalam Penilaian Indeks Inovasi Jabatan Pendaftar 2020

KRITERIA PENILAIAN DAN PEMARKAHAN

  • Garis Panduan Anugerah Inovasi Jabatan Pendaftar adalah seperti berikut:
    • Kreativiti
    • Efisien dan keberkesanan kos
    • Signifikan
    • Replicability
    • Potensi perlaksanaan; dan
    • Komitmen pengurusan atasan.
  • Individu/kumpulan yang berjaya menghasilkan inovasi berdasarkan kepada :
    • Faedah kepada jabatan & Universiti
    • Peningkatan produktiviti, imej organisasi & kepuasan pelanggan.
    • Keberkesanan kos.
  • Penilaian adalah berdasarkan inovasi yang dihasilkan iaitu sama ada dalam bidang kerja teknikal atau inovasi dalam bidang kerja pentadbiran dan memberi faedah jelas dari segi peningkatan kualiti dan produktiviti bahagian/unit;

KATEGORI ANUGERAH DAN HADIAH

  • Individu
    • Pemenang
      Wang Tunai RM100.00 & e-Sijil Penghargaan
    • Penghargaan (2)
      Wang Tunai RM50.00 & e-Sijil Penghargaan
  • Kumpulan
    • Pemenang
      Wang Tunai RM300.00 & e-Sijil Penghargaan
    • Penghargaan (2 Kumpulan)
      Wang Tunai RM100.00 & e-Sijil Penghargaan

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Urus Setia Anugerah:
Encik Mohd Herme Yusman Mohd Tahir – samb. 30773
Puan Sabrina Ibrahim– samb. 30382

Anugerah Sukan

>> BORANG ANUGERAH SUKAN <<

PENGENALAN
Anugerah Sukan Jabatan Pendaftar merupakan anugerah yang diberi bagi menghargai dan mengiktiraf penglibatan seseorang staf (individu) yang telah mengharumkan nama Jabatan Pendaftar dalam bidang sukan mewakili Jabatan Pendaftar di peringkat Universiti, peringkat IPTA, peringkat negeri, peringkat kebangsaan dan peringkat antarabangsa.

PERMOHONAN PENCALONAN/PENYERTAAN

  • Syarat Utama MESTI menyertai/mewakili Jabatan Pendaftar (kecuali acara sukan yang disertai tiada dalam UTM)
  • Penyertaan dalam sukan pada tahun 2020
  • Setiap acara sukan dan pencapaian MESTILAH disertakan dengan bahan bukti (contoh: Sijil, surat dll ) pada tahun 2020
  • Olahragawan dan Olahragawati Jabatan Pendaftar 2019 bagi MAPG 2020 tidak boleh dinobatkan sebagai pemenang anugerah. Walau bagaimanapun, boleh dicalonkan dan layak menerima anugerah penghargaan.
  • Pencalonan boleh dilaksanakan dengan kaedah :
    1. Pencalonan sendiri
    2. Pencalonan oleh jabatan
    3. Pencalonan oleh rakan
    4. Pencalonan oleh pihak-pihak tertentu

KRITERIA PENILAIAN

Penilaian/pemarkahan adalah berdasarkan pencapaian individu dalam acara sukan bagi tahun 2018;

  • Penyertaan Peringkat Jabatan Pendaftar
  • Pencapaian Peringkat UTM
  • Pencapaian Peringkat Negeri/Zon
  • Pencapaian Peringkat Institut Pengajian Tinggi
  • Pencapaian Peringkat Kebangsaan
  • Pencapaian Peringkat Antarabangsa

KATEGORI ANUGERAH DAN HADIAH

  • Individu (Olahragawan)
    • 1 Pemenang
      Wang Tunai RM100.00 & e-Sijil Penghargaan
    • 2 Penghargaan
      Wang Tunai RM50.00 & e-Sijil Penghargaan
  • Individu (Olahragawati)
    • 1 Pemenang
      Wang Tunai RM100.00 & e-Sijil Penghargaan
    • 2 Penghargaan
      Wang Tunai RM50.00 & e-Sijil Penghargaan

PENCALONAN / PENYERTAAN
Borang pencalonan boleh dimuat turun di; BORANG ANUGERAH SUKAN.

Tarikh tutup pencalonan adalah selewat-lewatnya pada atau sebelum 12 Oktober 2021 (Khamis) jam 12 tengahari.

Borang pencalonan hendaklah dihantar kepada urus setia anugerah sepertimana alamat di bawah :
Urus Setia Anugerah Sukan Jabatan Pendaftar
Bahagian Keselamatan
Jabatan Pendaftar
81310 UTM Johor Bahru, Johor
(u.p :Encik Kiflee bin Jimpi)

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Urus Setia Anugerah:
Encik Kiflee bin Jimpi – samb. 30012
Encik Ahmad Afiq bin Lokman – samb. 30014

Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)

>> Borang Anugerah KIK 2019 <<

PENGENALAN

  • Anugerah KIK Jabatan Pendaftar merupakan anugerah yang diberi kepada sekumpulan staf bagi menghargai dan mengikitiraf penglibatan Kumpulan tersebut dalam usaha untuk menambahbaik proses kerja dan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti dan berkesan sekaligus mengharumkan nama Jabatan Pendaftar di peringkat Universiti, negeri mahupun di peringkat kebangsaan.

KRITERIA PENILAIAN

  • Penilaian adalah berdasarkan pencapaian Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK) bagi tahun 2019;
    • Penyertaan Peringkat Jabatan Pendaftar
    • Pencapaian Peringkat UTM.
    • Pencapaian Peringkat Negeri/Zon
    • Pencapaian Peringkat Institut Pengajian Tinggi
    • Pencapaian Peringkat Kebangsaan
    • Pencapaian Peringkat Antarabangsa

KATEGORI ANUGERAH DAN HADIAH

  • Kumpulan
    • Pemenang
      Wang Tunai RM300.00, Mock Cheque & Sijil Penghargaan
    • Penghargaan (2 Kumpulan)
      Wang Tunai RM100.00 & Sijil Penghargaan

PENCALONAN / PENYERTAAN

  • Penyertaan Kumpulan melalui Ketua Bahagian.
  • Penyertaan Kumpulan dalam Konvensyen/Pertandingan KIK pada tahun 2019.
  • Setiap Kumpulan diminta melampirkan salinan sijil penyertaan/pencapaian pada tahun 2019.
  • Tarikh tutup pencalonan adalah selewat-lewatnya pada atau sebelum 14 Disember 2020 (Isnin) jam 12 tengahari.

Borang pencalonan hendaklah dihantar kepada urus setia anugerah sepertimana alamat di bawah :

Urus Setia Anugerah KIK Jabatan Pendaftar
Bahagian Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar
81310 UTM Johor Bahru, Johor
(u.p  :  Puan Norizan Salleh)

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Urus Setia Anugerah:

Encik Mohamad Radzi bin Abdul Razak  – samb. 37696
Puan Saidatul Akmar binti Mohd.Sazali – samb. 31178

Anugerah Khidmat Masyarakat

>> Borang Pencalonan Anugerah Khidmat Masyarakat <<

OBJEKTIF

  1. Memberi pengiktirafan kepada staf yang telah memberi sumbangan jasa bakti kepada masyarakat;
  2. Memberi galakkan kepada staf untuk terus berkhidmat bukan sahaja di dalam UTM tetapi juga kepada masyarakat;
  3. Memberi motivasi dan sebagai contoh ikutan kepada staf Pejabat Pendaftar yang lain.

SYARAT PENYERTAAN

  1. Terbuka kepada semua staf Pejabat Pendaftar.
  2. Pencalonan:
    1. Staf boleh mencalonkan diri sendiri dan staf lain.
    2. Tahun penilaian 2019

KRITERIA PEMILIHAN CALON

Penilaian adalah berdasarkan kepada aspek berikut :

  1. Jumlah dan jenis khidmat masyarakat (khidmat kepada masyarakat dalam dan luar organisasi) pada tahun penilaian.
  2. Usaha yang dijalankan untuk penglibatan.
  3. Impak positif penglibatan kepada masyarakat dan organisasi.
  4. Sumbangan ilmu/kepakaran kepada masyarakat dalam dan luar organisasi.
  5. Keistimewaan dan kelebihan khidmat yang diberikan.
  6. Sumbangan khidmat masyarakat kepada Pejabat Pendaftar akan diberi keutamaan

Tarikh tutup pencalonan adalah selewat-lewatnya pada atau sebelum 14 Disember 2020 (Isnin) jam 12 tengahari.

HADIAH DAN KATEGORI

Kategori  Individu

Pemenang (1 Individu)
– Wang Tunai RM100.00 & Sijil Penghargaan

Penghargaan (2 Individu)
– Wang Tunai RM50.00 & Sijil Penghargaan

Kategori Kumpulan

Pemenang (1 kumpulan)

  1. Wang Tunai (RM300.00)
  2. Mock Cheque
  3. Sijil Penghargaan

Penghargaan (2 kumpulan)

  1. Wang Tunai (RM100.00)
  2. Sijil Penghargaan

Borang pencalonan hendaklah dihantar kepada urus setia anugerah sepertimana alamat di bawah :

Urus Setia Anugerah Khidmat Masyarakat
Seksyen Korporat, Pejabat Pendaftar
Jabatan Pendaftar
81310 UTM Johor Bahru, Johor
(u/p: Puan Norhafizah binti Mohd Hanapiah)

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Urus Setia Anugerah:

Puan Norhafizah binti Mohd Hanapiah – samb. 30428
Puan Syiraz Yasmin binti Muhidin – samb. 37696

Anugerah Penerbitan

>> Borang Permohonan Anugerah Penerbitan <<

>> Garis Panduan Anugerah Penerbitan <<

TUJUAN

  • Garis Panduan ini disediakan sebagai panduan kepada staf/bahagian Jabatan Pendaftar UTM untuk menyertai Anugerah Penerbitan Jabatan Pendaftar (APP). Panduan ini menggariskan tatacara penyertaan, format laporan dan kriteria penilaian.

PENGENALAN

  • Anugerah APP secara umumnya mempunyai objektif sebagaimana berikut :-
    • Memperkasa budaya ilmu kerja di setiap Bahagian amnya dan Jabatan Pendaftar khususnya;
    • Menggalak persaingan sihat antara staf/bahagian untuk kecemerlangan;
    • Memberi pengiktirafan secara formal kepada staf/bahagian yang menunjukkan inisiatif dan pencapaian cemerlang dalam aspek penulisan dan penerbitan.

TATACARA PENYERTAAN

  • Cara Penyertaan
    • Setiap staf/bahagian adalah dipelawa untuk menyertai APP dengan mengemukakan kepada Urusetia :-
    • Borang Penyertaan APP – Lampiran A (APP MAPG 2019) yang telah dilengkapkan (ditaip).
  • Setiap pencalonan mestilah mengikut format Borang Pencalonan yang dikeluarkan oleh Urusetia :-
    • Bagi setiap elemen yang diliputi calon dikehendaki mengemukakan bahan bukti dengan lengkap. (tahun yang dinilai mulai 1 Januari 2019 hingga 31 Disember 2019).
    • Bahan bukti yang dikemukakan hendaklah disusun secara sistematik menggunakan nombor mengikut urutan elemen dan kumpulan.
    • Setiap pencalonan hendaklah diperakukan oleh Ketua Bahagian.
    • Pencalonan hendaklah sampai kepada Urusetia selewat-lewatnya pada atau sebelum 14 Disember 2020 (Isnin) jam 12 tengahari.
    • Pencalonan yang tidak mengikut syarat yang ditetapkan akan ditolak.

KRITERIA PENYERTAAN DAN PENILAIAN ANUGERAH PENERBITAN

 Kriteria penilaian APP dikategorikan dalam kumpulan berikut:

  • Penulisan Buku Karya Asli
    • Karya yang dihasilkan (bahasa Melayu atau bahasa asing) oleh staf/bahagian secara individu atau bersama penulis lain yang diguna sebagai bahan rujukan oleh pihak Universiti atau pihak luar. Bahan bukti penyertaan kemukakan salinan kulit depan buku, halaman kandungan dan halaman hak cipta. Salinan paparan laman web halaman muka depan sekiranya terbitan tersebut diterbitkan secara elektronik.
  • Penulisan Artikel
    • Jurnal (hasil penulisan yang diterbitkan secara berkala).
    • Majalah (hasil penulisan yang diterbitkan secara berkala).
    • Buletin (hasil penulisan yang diterbitkan secara berkala).
    • Bahan bukti penyertaan : kemukakan naskah jurnal, majalah dan buletin, salinan kulit bahagian depan. Salinan paparan laman web halaman muka depan sekiranya terbitan tersebut diterbitkan secara elektronik.
  • Penulisan/Pembentangan Kertas Kerja
    • Kertas kerja yang dibentangkan di dalam seminar/bengkel/kursus/program sama ada di peringkat antarabangsa/kebangsaan/UTM dan dihasilkan secara individu oleh staf/bahagian atau bersama dengan penulis lain. Bahan bukti penyertaan kertas kerja lengkap, surat menghadiri seminar/bengkel dan buku aturcara).
  • Lain Penerbitan
    • Penerbitan kepakaran Bahagian (Dasar/panduan/polisi/peraturan). Penyertaan sebarang dasar/polisi/panduan/peraturan yang dikeluarkan oleh bahagian untuk melaksanakan tadbir urus dan bertujuan meningkatkan sistem penyampaian universiti dan kepuasan pelanggan. Bahan bukti penyertaan kertas kerja lengkap, surat menghadiri seminar/bengkel dan buku aturcara). Tidak termasuk dasar/panduan/polisi/peraturan yang dikeluarkan oleh kerajaan atau dibuat pengubahsuaian yang didokumenkan menjadi satu dasar/panduan/polisi/ peraturan peringkat Universiti.
    • Teks ucapan yang disumbangkan di peringkat Universiti. Bahan bukti teks ucapan dan majlis atau program yang berkenaan.
  • Penerbitan berbentuk dissertation dan tesis tidak diambilkira kecuali sekiranya ia telah diubah ke dalam bentuk kertas kerja.

 PROSES PENILAIAN

  • Proses Penilaian dibuat melalui kaedah penilaian oleh Panel Penilai yang dilantik oleh Pengerusi, JK APP dengan persetujuan Jawatankuasa Eksekutif Jabatan Pendaftar.
  • Panel Penilai bertanggungjawab:
    • Menyemak dan menyenarai pendek permohonan.
    • Menilai dokumen dan bahan bukti penyertaan.
    • Membuat cadangan pemenang APP kepada Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Jabatan Pendaftar.

KATEGORI ANUGERAH DAN HADIAH

  • Terbahagi kepada dua kategori iaitu:
    • Individu
      • Pemenang
        Wang Tunai RM100.00 & Sijil Penghargaan
      • Penghargaan (2 Hadiah)
        Wang Tunai RM50.00 & Sijil Penghargaan
    • Kumpulan
      • Pemenang
        Wang Tunai RM300.00, Mock Cheque & Sijil Penyertaan
      • Penghargaan (2 Kumpulan)
        Wang Tunai RM100.00 & Sijil Penyertaan

KETERANGAN LANJUT

Borang pencalonan hendaklah dihantar kepada urus setia anugerah sepertimana alamat di bawah :

Urus Setia Anugerah Penerbitan Jabatan Pendaftar
Bahagian Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar
81310 UTM Johor Bahru, Johor
(u/p: Cik Maimunah binti Salleh)

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Urus Setia Anugerah:

Cik Maimunah binti Salleh – samb. 30773
Encik Syahran bin Shahbudin – samb. 31188

Anugerah Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan (OSHE)

KRITERIA ANUGERAH OSHE

PENGENALAN

  • Anugerah Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan (OSHE) Jabatan Pendaftar merupakan anugerah yang diberikan kepada bahagian di Jabatan Pendaftar yang mengamalkan aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

KRITERIA PENILAIAN

  • Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
    • Dasar Keselamatan
    • Pegawai Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
    • Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
    • Perkiraan (manual, PKS & work permit)
    • Kursus dan Latihan KKP
    • Program penganalisaan risiko
    • Program penyediaan PPE
    • Program kesihatan/perubatan pekerjaan
    • Program pelaporan & siasatan kemalangan
    • Persediaan menghadapi kecemasan kebakaran
    • Pelan Tindakan Kecemasan (ERP)
    • Sistem penyimpanan rekod
    • Program pengurusan kontraktor dan subkontraktor
  • Kawasan Tempat Kerja
    • Permukaan tempat kerja
    • Papan tanda/tanda amaran
    • Kawasan lalulintas
    • Laluan kerja
    • Lantai kerja/pelantar/tangga
    • Kebersihan & kekemasan
    • Bekerja di tempat tinggi
    • Penyimpanan
    • Pembuangan dan pengolahan sisa bukan bahan kimia
  • Premis/Bangunan
    • Asas lantai
    • Bumbung
    • Keselamatan Letrik
  • Jentera
    • Sijil Perakuan Kelayakan Sah
    • Pemagaran Jentera
    • Program Pemeriksaan Jentera
    • Penyelenggaraan berjadual
    • Sistem kerja selamat bagi jentera
  • Pengurusan Bahan Kimia
    • Daftar Bahan Kimia Berbahaya
    • Pelabelan & Pelabelan Semula
    • Penaksiran risiko kepada kesihatan
    • Kawalan risiko
    • Maklumat, arahan dan latihan
    • Pemantauan/Pengawasan pendedahan
    • Pengawasan kesihatan
    • Peralatan perlindungan diri
    • Tanda amaran
    • Penyimpanan rekod
    • Risalah Data Keselamatan Kimia (CSDS)
    • Perlindungan Pemindahan Perubatan
    • Pelupusan Sisa Kimia
  • Peruntukan Kesihatan
    • Pengawasan/Pemeriksaan Perubatan
    • Kemudahan Pertolongan Cemas
    • Pengalihudaraan
    • Suhu Tempat Kerja
    • Pencahayaan Di Tempat Kerja
    • Kebersihan & Kesihatan Diri
    • Ergonomik
    • Biological Hazard
    • Bising
    • Habuk
    • Asap
  • Kebajikan
    • Kemudahan Tempat Makan & Minum
    • Kemudahan Tempat Rehat
    • Kemudahan Tandas
    • Kemudahan Sukan/Sosial
  • Keselamatan Orang Awam
    • Keselamatan orang awam selain pekerja
    • Kawalan keselamatan kanak-kanak dari jentera

KATEGORI ANUGERAH DAN HADIAH

  • Bahagian
    • Pemenang
      Wang Tunai RM300.00, Mock Cheque & Sijil Penghargaan
    • Penghargaan (2 Bahagian)
      Wang Tunai RM100.00 & Sijil Penghargaan

KETERANGAN LANJUT

Urus Setia Anugerah OSHE Jabatan Pendaftar
Bahagian Keselamatan
Jabatan Pendaftar
81310 UTM Johor Bahru, Johor
(u/p: Encik Amir Hamzah bin Jamil)

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Urus Setia Anugerah:

Encik Amir Hamzah bin Jamil –    samb : 30056
Encik Mohd. Firdaus bin Wahyudin – samb : 30080

Anugerah Persekitaran Berkualiti (5S)

PENGENALAN

Anugerah 5S merupakan anugerah yang diberi kepada bahagian di dalam Jabatan Pendaftar. Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada bahagian yang telah berusaha membudayakan 5S secara berterusan dan menjadikan amalan 5S sebagai faktor dalam meningkatkan kualiti dan urus tadbir yang baik dan cemerlang.

PENCALONAN / PENYERTAAN

Setiap bahagian dalam Jabatan Pendaftar adalah wajib menyertai penilaian anugerah ini.

OBJEKTIF

  1. Mewujudkan suasana persekitaran yang bersesuaian dan selesa untuk bekerja.
  2. Memberi pengiktirafan kepada bahagian yang mempunyai prestasi cemerlang dan sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kepuasan pelanggan melalui pembudayaan amalan 5S.
  3. Memupuk kesepakatan dan semangat berpasukan/ kekitaan (esprit de corps)
  4. Menggalakkan persaingan sihat ke arah penambahbaikan yang berterusan dalam amalan pengurusan kualiti.

KRITERIA PENILAIAN

  1. Penilaian adalah berdasarkan pencapaian bahagian dalam penilaian Audit Silang 5S Jabatan Pendaftar bagi tahun
  2. Pengiraan pemarkahan adalah secara purata daripada keseluruhan jumlah markah audit silang yang diadakan pada tahun yang dinilai bagi memastikan pengiraan markah adalah secara menyeluruh.
  3. Anugerah ini dinilai oleh panel auditor dalaman yang dilantik untuk Audit Silang 5S dan keputusan anugerah akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk 5S Jabatan Pendaftar dan diperakukan oleh Pendaftar.

KATEGORI ANUGERAH DAN HADIAH

  • Bahagian
    • Pemenang
      Wang Tunai RM300.00, Mock Cheque & Sijil Penghargaan
    • Penghargaan (2 Bahagian)
      Wang Tunai RM100.00 & Sijil Penghargaan

KETERANGAN LANJUT

Urus Setia Anugerah Persekitaran Berkualiti (5S) Jabatan Pendaftar
Bahagian Pengurusan Organisasi
Jabatan Pendaftar
81310 UTM Johor Bahru, Johor
(u/p: Puan Norazlina binti Md Zaid)

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Urus Setia Anugerah:

Puan Norazlina binti Mohd Zaid – samb. 30401
Puan Saidatul Akmal binti Abdul Hamid– samb. 30342