
Majlis Anugerah Permata Gemilang 2025
Majlis Penghargaan Jabatan Pendaftar yang juga dikenali sebagai Majlis Anugerah Permata Gemilang (MAPG) merupakan aktiviti tahunan bermula sejak tahun 2011 bertujuan memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada staf yang telah mempamerkan kecemerlangan dalam tugas atau bidang masing-masing serta menyumbang kepada kecemerlangan Jabatan Pendaftar.
ANUGERAH DIPERTANDINGKAN
Anugerah Kecemerlangan Staf
Anugerah yang diberikan kepada seseorang staf bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan kerana kualiti/kuantiti sumbangannya melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya.
Urusetia: Puan Ili Ruwaida binti Md Yusof
Anugerah Sukan (Olahragawan / Olahrgawati)
Anugerah yang diberi bagi menghargai dan mengiktiraf penglibatan sesorang staf ( individu ) yang telah mengharumkan nama Pejabat Pendaftar dalam bidang sukan mewakili Pejabat Pendaftar di peringkat Universiti, peringkat IPTA, peringkat negeri, peringkat kebangsaan dan peringkat antarabangsa.
Urusetia: Encik Khairul Zaman bin Mohd Radzi
Anugerah Kepimpinan Sukan (Lelaki / Wanita)
Anugerah yang diberi bagi menghargai dan mengiktiraf penglibatan sesorang staf ( individu ) yang telah mengharumkan nama Pejabat Pendaftar sebagai pengurus pasukan dalam pelbagai bidang sukan mewakili Pejabat Pendaftar di peringkat Universiti, peringkat IPTA, peringkat negeri, peringkat kebangsaan dan peringkat antarabangsa.
Urusetia: Encik Khairul Zaman bin Mohd Radzi
Anugerah Khidmat Masyarakat (Individu / Berkumpulan)
Memberi pengiktirafan kepada staf yang telah memberi sumbangan jasa bakti kepada masyarakat serta galakkan kepada staf untuk terus berkhidmat bukan sahaja di dalam UTM tetapi juga kepada masyarakat
Urusetia: Dr. Asyakireen bin Samsudin
Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (Berkumpulan)
Anugerah yang diberi kepada sekumpulan staf bagi menghargai dan mengikitiraf penglibatan Kumpulan tersebut dalam usaha untuk menambahbaik proses kerja dan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti dan berkesan sekaligus mengharumkan nama Pejabat Pendaftar di peringkat Universiti, negeri mahupun di peringkat kebangsaan.
Urusetia: Encik Mohamad Radzi bin Abd Razak
Anugerah Penerbitan (Individu / Berkumpulan)
Pengiktirafan kepada Individu atau kumpulan yang mempunyai karya ilmiah yang diterbitkan dalam pelbagai jenis penerbitan yang berimpak tinggi dan memberi sumbangan kepada bidang ilmu.
Urusetia: Encik Mohammad Hasyiq bin Hamdan
Anugerah Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan (Bahagian)
Anugerah yang diberikan kepada bahagian di Pejabat Pendaftar yang mengamalkan aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Urusetia: Encik Mohd Nor Faizal bin Jamaludin
Anugerah Inovasi (Produk / Proses Kerja)
Pengiktirafan yang diberikan oleh Jabatan Pendaftar kepada staf yang menyumbangkan idea inovasi kepada Jabatan untuk menambah baik penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.
Urusetia: Puan Norhafizah binti Hanapiah
Anugerah Pelestarian
Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada bahagian yang telah berusaha membudayakan 5S secara berterusan dan menjadikan amalan 5S sebagai faktor dalam meningkatkan kualiti dan urus tadbir yang baik dan cemerlang.
Urusetia: Encik Mohd. Faizal bin Abd Latib
Borang Penyertaan
Penyertaan bagi anugerah-anugerah yang dipertandingkan adalah berdasarkan pencapaian bagi tahun 2024 dan terbuka kepada semua Bahagian.
Tarikh tutup pencalonan: 15 Oktober 2025
Muat Turun Borang Penyertaan
Anugerah Sukan
Anugerah Kepimpinan Sukan
Anugerah Khidmat Masyarakat
Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif
Anugerah Penerbitan
Anugerah Inovasi
Anugerah ISES
Penyertaan Wajib Mengikut Bahagian
Anugerah Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan
Anugerah Pelestarian
