Program Makanan Percuma Kepada Staf Di Kampus Kuala Lumpur

Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (SPACE), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berjaya menganjurkan Program Makan Percuma kepada staf di Kampus UTM Kuala Lumpur (UTMKL). Program ini merupakan inisiatif Jawatankuasa Kelestarian SPACE UTM.

Sebanyak 50 pek makanan telah diagihkan kepada staf selepas acara Briskwalk yang berlangsung pada 20 November 2025 di Hadapan Blok H, Kampus UTMKL. Program ini bertujuan untuk menjaga kebajikan staf melalui penyediaan makanan percuma yang mencukupi, selamat dan berkhasiat, selaras dengan SDG 2: Zero Hunger.

UTM Open Day