PENGENALAN

Governan (Tadbir Urus) merangkumi aspek-aspek seperti tatacara Ketua Eksekutif/Ketua Jabatan dan para pegawai di semua peringkat pengurusan menjalankan tanggungjawab secara telus dan berhemah dari segi pengambilan dan penyampaian hasil, struktur termasuk budaya kerja, dasar, strategi serta tatacara mereka berurusan dengan pelbagai pihak yang berkepentingan (stakeholder) dan proses di mana agensi awam diurus/diarah, dikawal dan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan objektif yang telah dipersetujui.

Fungsi Seksyen Governan :

  • Pengurusan Pelantikan Pentadbir Akademik
  • Pengurusan Pelantikan Canselor dan Pro-Canselor
  • Pengurusan Dokumen Polisi Universiti
  • Pengurusan Pemakaian semua Pekeliling Kerajaan yang berkuat kuasa
  • Pengurusan Penubuhan, Pembubaran dan Penstrukturan Entiti Universiti
  • Pengurusan Perjalanan Keluar Negara (eboarding)
  • Urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Dasar dan Entiti Universiti
  • Urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Pelantikan Pentadbir Akademik Universiti