Prosedur Pelantikan Pentadbir Akademik

Prosedur Pelantikan Pentadbir Akademik merupakan panduan pelantikan Pentadbir Akademik dalam Universiti Teknologi Malaysia

Pentadbir Akademik ialah staf akademik yang dilantik  bagi entiti akademik sebagai Dekan, Pengerusi, Timbalan Dekan, Naib Pengerusi, Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua Jabatan, Pengurus, Pengetua serta jawatan yang diwujudkan oleh Universiti bagi mengurus tugas-tugas pentadbiran dan akademik di Fakulti, Pusat, Bahagian dan lain-lain Pusat Tanggungjawab. Felo Kolej Kediaman TIDAK dikategorikan sebagai Pentadbir Akademik dalam Garis Panduan ini.