PENYERAGAMAN STRUKTUR FAKULTI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Penyeragaman Struktur Fakulti Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan inisiatif universiti untuk mewujudkan struktur organisasi dan pentadbiran fakulti yang lebih terselaras, sistematik dan seragam. Inisiatif ini merangkumi penyelarasan struktur jawatan pentadbiran, penetapan fungsi dan tanggungjawab jawatan serta keperluan perjawatan berdasarkan skop fungsi dan bilangan pelajar.
Pelaksanaan penyeragaman ini bertujuan memperkukuh tadbir urus pentadbiran fakulti, memperjelas akauntabiliti dan bidang tanggungjawab serta memastikan penyampaian perkhidmatan pentadbiran dilaksanakan secara lebih cekap dan berkesan.
Penyeragaman struktur ini telah diluluskan melalui Mesyuarat Senat Bil. 11, Sesi 2023/2024 pada 28 Ogos 2024 dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Bil. 16 pada 11 September 2024, dengan penyelarasan struktur terkini diluluskan melalui Mesyuarat Senat Bil. 6, Sesi 2024/2025 pada 26 Mac 2025 dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Bil. 7/2025 pada 25 April 2025.
TERMA RUJUKAN JAWATAN PENTADBIRAN FAKULTI
Diluluskan di Mesyuarat Senat Bil. 6, Sesi 2024/2025 pada 26 Mac 2025