Bahagian Sumber Manusia (BSM), Pejabat Pendaftar telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Universiti Malaya (UM) pada 23 Mei 2016. Lawatan selama 1 hari ini bertujuan mendapatkan maklumat berkaitan kriteria, sistem dan proses pelaksanaan laluan kerjaya staf akademik. Delegasi lawatan terdiri daripada 11 orang staf diketuai oleh Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin selaku Pengerusi Task Force Differentiated Career Pathway UTM.
(Dilawati 208 kali, 1 lawatan hari ini)