Bahagian Pengurusan Modal Insan, Pejabat Pendaftar telah merancang program Lawatan Kerja ke fakulti/bahagian sepanjang tahun 2014. Tujuan program ini adalah untuk Pengurusan HCM bertemu secara langsung dengan pelanggan iaitu Pengurusan Fakulti/Bahagian bagi membincangkan isu peringkat Universiti dan juga di peringkat fakulti/bahagian. Melalui program ini, diharapkan komunikasi, kefahaman dan kesepakatan yang lebih baik antara HCM dan fakulti/bahagian. Demikian, kelancaran pengurusan sumber manusia fakulti/bahagian akan menjadi lebih baik dan menyokong kepada hasrat dan aspirasi Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

(Dilawati 69 kali, 1 lawatan hari ini)