Pada 12 Mei 2015 (Selasa) jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Dahlia, Pejabat Pendaftar, pihak HCM, Pejabat Pendaftar telah menerima Lawatan Benchmarking dari Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) & Universiti Putra Malaysia (UPM). Lawatan ini bertujuan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Sistem Penilaian Prestasi Staf Akademik & Bukan Akademik di UTM atau lebih dikenali dengan nama e-LPPT & e-LNPT. Semoga objektif lawatan ini tercapai dan semoga ianya mendatangkan manfaat bagi kedua-dua belah pihak.
(Dilawati 272 kali, 1 lawatan hari ini)