Peluang Kerjaya Di Fakulti Kejuruteraan Elektrik UTM
Di UTM, disebalik falsafah “Inovatif . Entrepreneurial . Global” merupakan tunjang dari segala perkhidmatan yang kami lakukan untuk masyarakat. Inilah yang membuatkan kita berbeza.
Kami memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru dalam usaha merealisasikan Wawasan Universiti dan Negara. Selaras dengan hasrat ini, calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Elektrik UTM.
Fakulti Kejuruteraan Elektrik
Calon-calon yang berkelayakan adalah digalakkan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Pensyarah Kanan (Gred DS51) berdasarkan senarai bidang kritikal di Fakulti Kejuruteraan Elektrik seperti yang tersenarai. Mohon semak kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.
Calon dibenarkan memohon jawatan maksimum sebanyak dua (2) fakulti sahaja dengan bayaran RM20.00
Calon hendaklah memilih Fakulti yang bersesuaian dengan bidang pengajian di peringkat Doktor Falsafah/Sarjana. Permohonan akan dimajukan ke Fakulti pertama, dan jika Fakulti pertama menolak, permohonan akan dimajukan ke Fakulti kedua.
|
Syarat Pelantikan Staf Akademik UTMUntuk Memohon Jawatan Staf Akademik, sila klik pada pautan di bawah: Sebarang pertanyaan berkaitan iklan jawatan staf akademik, boleh hubungi urus setia di talian :07 5531192 – Puan Norhidayati binti Rosdi07 5531247 – Puan Norida binti Hashim07 5531191 – Puan Farizan binti Che Mat |
|
jawatanakademik@utm.my |
Kembali ke laman Kerjaya@UTM
(Dilawati 2,765 kali, 1 lawatan hari ini)