+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

SOALAN LAZIM

1. SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA GCR?
  • Award Gantian Cuti Rehat hanya diberikan kepada Anggota Tetap (termasuk pegawai dalam tempoh percubaan).
  • Pemberian GCR layak kepada pegawai yang memilih Skim Pencen dan juga yang memilih Skim KWSP sebagai faedah persaraannya. (PP 5/2004).
2. BERAPAKAH JUMLAH MAKSIMUM GCR YANG BOLEH DISIMPAN?
  • GCR untuk setahun boleh disimpan maksimum 15 hari atau separuh dari kelayakan cuti mengikut mana-mana yang lebih rendah. GCR boleh disimpan melebihi 150 hari dan tiada had maksimum sepanjang tempoh perkhidmatan. Walaubagaimanapun, untuk tujuan Faedah Persaraan (FGCR) adalah terhad kepada maksimum 150 hari sahaja. Selebihnya, staf boleh menggunakan GCR tersebut sebagai cuti rehat di hujung perkhidmatan.
  • Sebagai contoh, GCR terkumpul sebanyak 180 hari. 150 hari akan dibayar FGCR dan baki 30 hari boleh digunakan untuk cuti rehat sebelum tarikh persaraan staf.
3. BAGAIMANAKAH CARA FORMULA PENGIRAAN GCR?
  • Pemberian Award Wang tunai gantian cuti rehat adalah berdasarkan 1/30 daripada gaji akhir diterima, tertakluk maksimum 150 hari.
  • Gaji akhir diterima adalah meliputi gaji pokok hakiki dan Imbuhan Tetap mengikut gred dan kumpulan perkhidmatan pegawai tersebut.
4. APAKAH PEKELILING PERKHIDMATAN YANG SEDANG BERKUATKUASA BAGI PENGURUSAN GCR?
  • Pekeliling-Pekeliling dan Surat Pekeliling Perkhidmatan yang sedang berkuatkuasa bagi pengurusan GCR adalah seperti berikut:
    1. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2003 – Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR);
    2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2004 – Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) Kepada Pegawai Yang Memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP);
    3. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2005 – Cuti Rehat Khas dan Pengumpulannya Bagi Tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat Kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan;
    4. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2008 – Peningkatan Maksimum Cuti Rehat dan Cuti Rehat Khas Yang Boleh Dikumpul Untuk Pemberian Wang Tunai Sebagai Gantian Cuti Rehat (GCR) Kepada 150 Hari;
    5. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2017 – Kebenaran Gantian Cuti Rehat Melebihi 150 hari Digunakan Sebagai Cuti Rehat Pada Tahun Persaraan.
5. APAKAH PERATURAN YANG DIGUNAKAN DALAM MENETAPKAN GAJI PERMULAAN KENAIKAN PANGKAT?
  • Prinsip yang digunapakai adalah seperti yang dinyatakan dalam Peraturan 44 (1) dan 44(2) (a), (b) dan (c) – Peraturan – Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan 2012) [P.U.(A) 1/2012].
  • Gaji yang diterima oleh seseorang pegawai awam yang dinaikkan pangkat hendaklah lebih tinggi daripada gaji akhir yang diterima dalam gred terdahulu dan perbezaannya hendaklah tidak kurang daripada satu (1) pergerakan gaji atas gred terdahulu.
6. ADAKAH PEGAWAI YANG DISELARASKAN KE GAJI PERMULAAN YANG BAHARU DIBERI FAEDAH PEMINDAHAN GAJI BERSAMAAN SATU (1) KGT?
  • Pegawai yang dipindahkan ke gaji permulaan yang baharu tidak lagi ditambah dengan pemberian faedah pemindahan gaji bersamaan amaun satu (1) KGT kerana pegawai telah mendapat faedah pemindahan bersamaan atau melebihi satu (1) KGT.
7. ADAKAH PEGAWAI YANG SEDANG CUTI BERSALIN LAYAK MENERIMA BAYARAN INSENTIF TUGAS KEWANGAN (BITK)?
  • Tidak Layak. Merujuk kepada perkara 9, Pekeliling Perkhidmatan Bil 3 Tahun 1999, seseorang pegawai yang menerima BITK tetapi telah meninggalkan tugasnya selama 28 hari atau lebih secara berturut-turut, bayaran tersebut hendaklah dihentikan dalam tempoh berkenaan. Walaubagaimanapun, pengecualian adalah diberikan bagi pegawai yang meninggalkan tugas bagi tempoh tidak melebihi 92 hari berturut-turut termasuk cuti mingguan dan hari kelepasan am dalam keadaan berikut :
  • Menghadiri kursus yang diarahkan oleh Ketua Jabatan
  • Menjalankan tugas rasmi atas arahan Ketua Jabatan
  • Bercuti sakit yang disokong oleh Siji Sakit mengikut Perintah Am Bab C
  • Dalam hal yang dibangkitkan, BITK hendaklah dihentikan kerana Cuti Bersalin bukan dianggap sebagai cuti sakit tetapi Cuti Pemulihan.
8. APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN SEKIRANYA SESEORANG PEGAWAI MENERIMA GAJI DAN ELAUN YANG TIDAK LAYAK DITERIMA DI ATAS SESUATU SEBAB SEPERTI TIDAK HADIR BERTUGAS?
  • Sekiranya seseorang pegawai telah menerima sebarang lebihan bayaran emolumen, beliau perlu pada kadar segera memulangkan balik lebihan bayaran tersebut kepada Jabatan dalam 2 kaedah iaitu secara tunai sekaligus atau bayaran ansuran melalui pendahuluan diri.
  • Bagi permohonan pendahuluan diri hendaklah melalui Ketua Jabatan dan permohonan tersebut dimajukan kepada Pegawai Pengawal untuk kelulusan. Pendahuluan diri adalah merujuk kepada Arahan Perbendaharan 327 (a) dan (b).
(Dilawati 1,552 kali, 2 lawatan hari ini)