Elaun Pembantu Khas

Kadar Bayaran

  1. Elaun Pembantu Khas dibayar kepada Setiausaha Pejabat/Pembantu Khas berdasarkan gred jawatan hakiki pegawai penyelia mengikut kadar seperti jadual di bawah:-

Kadar Elaun Pembantu Khas

Gred Jawatan Hakiki Pegawai Penyelia

Kadar
Elaun Pembantu Khas Sebulan (RM)

Hakim Mahkamah Atasan * 250
Gred Turus I, II dan III atau setaraf
Gred Utama A dan B atau setaraf 190
Gred Khas A dan B atau setaraf **
Gred Utama C atau setaraf 150
Gred Khas C atau setaraf **
Gred 54 atau setaraf ** 120
Gred 52 dan Gred 48 atau setaraf ***

* Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Sabah & Sarawak, Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah Tinggi & Pesuruhjaya Kehakiman
**   tertakluk kepada kelulusan JPA (Bahagian Pembangunan Organisasi)
*** yang melaksanakan tugas sebagai Ketua Jabatan tertakluk kepada kelulusan JPA (Bahagian Pembangunan Organisasi)

 

2. Elaun Pembantu Khas layak dibayar kepada:

(a)    Setiausaha Pejabat/Pembantu Khas yang dikhususkan kepada pegawai penyelia yang layak mendapat Pembantu Khas; dan

(b) Setiausaha Pejabat/Pembantu Khas yang tidak dikhususkan sebagai Pembantu Khas tetapi diarahkan oleh Ketua Jabatan menjalankan tugas-tugas Pembantu Khas secara ganti kepada pegawai penyelia yang layak mendapat Pembantu Khas. Bayaran Elaun Pembantu Khas adalah secara proportionate mengikut bilangan hari bertugas secara sepenuh masa.

3. Sekiranya Setiausaha Pejabat/Pembantu Khas diarah menanggung kerja tugas jawatan Pembantu Khas, maka pegawai tersebut hanya layak dibayar Elaun Penanggungan Kerja.

Kelayakan

  • Pegawai gred jawatan hakiki Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat yang menjalankan tugas Pembantu Khas kepada pegawai penyelia yang layak berdasarkan gred jawatan hakiki pegawai penyelia sahaja.
(Dilawati 4,968 kali, 1 lawatan hari ini)