+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Elaun Tanggungjawab Khas Pemandu

Kadar Bayaran

Kadar ETKP ialah RM150.00 sebulan.

 

Bil Syarat Pembayaran

 

1

Tempoh empat (4) jam adalah dikira mulai dari:

  • Pemandu Kenderaan memandu kenderaan sehingga selesai tugasnya
  • meliputi tempoh menunggu kerana menjalankan tugas rasmi yang berkaitan dengan tugas hakikinya atau Jabatannya atau pegawai yang dibawanya

 

2

Pemandu Kenderaan bertugas secara syif atau atas panggilan (on-call), bilangan hari menjalankan tugas adalah merujuk kepada giliran bertugas Pemandu Kenderaan tersebut. 

 

3

Pembayaran pro rata (proportionate) dalam keadaan di mana tempoh perkhidmatan Pemandu Kenderaan tidak genap satu bulan calendar. Kaedah pengiraan ETKP secara pro rata (proportionate):

Kelayakan

Elaun Tanggungjawab Khas Pemandu (ETKP) layak dibayar kepada Pemandu Kenderaan yang dikhususkan memandu, termasuklah menjaga dan menguruskan kenderaan-kenderaan seperti yang berikut:

Bil Syarat Kelayakan
1 Kereta rasmi pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi Gred Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas
2 Ambulans
3 Kenderaan/jentera dengan Berat Tanpa Muatan (BTM) yang melebihi 5,000 kilogram.
4 Pemandu Kenderaan yang tidak dikhususkan memandu kenderaan tetapi diarahkan untuk memandu kenderaan tersebut pada masa-masa tertentu sahaja juga layak dibayar ETKP secara pro rata (proportionate) tertakluk tempohnya adalah tidak kurang daripada empat (4) jam sehari.

 

Elaun Tanggungjawab Khas Pemandu (ETKP) hendaklah diberhentikan kepada pegawai dalam keadaan berikut:

  1. Cuti Tanpa Gaji (termasuk Cuti Belajar Tanpa Gaji)
  2. Cuti Separuh Gaji (termasuk Cuti Belajar Separuh Gaji)
  3. Kursus (termasuk Cuti Belajar Bergaji Penuh) yang tempohnya melebihi 92 hari termasuk Hari Rehat Mingguan dan Hari Kelepasan Am
  4. Cuti Rehat yang tempohnya melebihi 28 hari berturut-turut termasuk Hari Rehat Mingguan dan Hari Kelepasan Am
  5. Cuti selain daripada Cuti Rehat, yang tempohnya melebihi 28 hari berturut-turut termasuk Hari Rehat Mingguan dan Hari Kelepasan Am
  6. Kombinasi mana-mana jenis cuti yang tempohnya melebihi 28 hari berturut-turut termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Am dan hari-hari tidak hadir bekerja tanpa kebenaran
  7. Menjalankan tugas rasmi selain daripada tugas hakiki atas arahan Ketua Jabatan yang tempohnya melebihi 92 hari berturut-turut.
(Dilawati 3,448 kali, 6 lawatan hari ini)