+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Bayaran Elaun Gantian Kenderaan

Kadar Bayaran

Elaun Gantian Kenderaan berkuat kuasa mulai 2 Disember 2010 dengan kadar bayaran elaun yang diluluskan sebanyak RM3,000,00 sebulan bagi Naib Canselor dan RM2,000.00 sebulan kepada semua pegawai lain yang layak menerima elaun tersebut.

Pekeliling Perbendaharaan WP 4.1 berkaitan Pengurusan Kenderaan Kerajaan yang dikeluarkan pada tahun 2015 telah menyatakan kelayakan bagi kenderaan rasmi jawatan adalah terhad kepada:

  1. Pegawai Institusi Pengajian Tinggi Awam Gred Utama/Khas B dan ke atas;
  2. Bagi pegawai Insititusi Pengajian Tinggi Awam Gred Utama/Khas C, kemudahan kereta rasmi jawatan hanya diberikan sekiranya pegawai memegang jawatan Timbalan Naib Canselor, Dekan, Timbalan Dekan dan Ketua Jabatan.

Selaras dengan itu, Universiti telah menyemak semula kriteria kelayakan kenderaan rasmi jawatan di Universiti Teknologi Malaysia bagi memastikan kepatuhan kepada peraturan sedia ada.

Kelayakan

Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah Universiti Bil 2 tahun 2019 telah meluluskan kereta rasmi jawatan hanya layak diperuntukkan kepada pegawai Universiti Teknologi Malaysia seperti berikut:

  • Pegawai Gred Utama/Khas A;
  • Pegawai Tertinggi Universiti iaitu Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, Penolong Naib Canselor, Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti, Dekan, Pengerusi dan Pengarah yang ditentukan.

Selaras dengan keputusan ini, kelayakan Elaun Gantian Kenderaan adalah terhad kepada penyandang jawatan yang ditafsirkan layak seperti di para (ii) seperti berikut:-

  1. Pegawai Gred Utama/Khas A
  2. Naib Canselor
  3. Timbalan Naib Canselor
  4. Pendaftar
  5. Bendahari
  6. Ketua Pustakawan
  7. Penasihat Undang-Undang
  8. Pro Naib Canselor (Ahli JPU)
  9. Pengarah HEK (Ahli JPU)
  10. Pengarah CICT (Ahli JPU)
  11. Pengarah Kerja (Ahli JPU)
  12. Dekan
  13. Pengerusi Sekolah, UGS, SPS, BMD, Advancement
  14. Pengarah Research Alliance (RA)
  15. Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC)
  16. Pengarah Pusat Kepimpinan AKademik (UTMLead)
  17. Pengarah Pusat Inovasi dan Komersilisasi (ICC)
  18. Pengarah Unit Pengurusan Makmal Univ (UPMU)
  19. Pengarah QRiM

Kelayakan elaun ini adalah tertakluk kepada pegawai berada pada sekurang-kurangnya Gred Utama/Khas C.

Pegawai yang dilantik secara kontrak atau pinjaman Gred Utama/ Khas C dan ke atas atau setaraf, kelayakan elaun adalah tertakluk kepada terma lantikan kontrak atau pinjaman.

Kemudahan ini ditarik balik apabila pegawai tidak lagi memegang jawatan/gred seperti di atas.

Elaun ini adalah termasuk dalam kategori pendapatan/elaun yang bercukai.

SYARAT TAMBAHAN

Bagi jawatan pengurusan tertinggi iaitu jawatan Pendaftar, Bendahari, Ketua Pustakawan dan Penasihat Undang-undang kelayakan elaun ini juga dipanjangkan kepada pegawai yang memangku atau ditukar sementara ke jawatan ini.

TANGGUNGJAWAB PENERIMA ELAUN GANTIAN KENDERAAN

Selaras dengan kelayakan elaun gantian kenderaan ini juga, adalah menjadi tanggungjawab pegawai berkenaan untuk memastikan kenderaan yang digunakan untuk tujuan tugas rasmi Universiti adalah kenderaan yang bersesuaian demi menjaga imej pegawai Universiti.

Pegawai juga tidak boleh menuntut apa-apa bayaran lain daripada Universiti bagi kenderaan yang digunakan dalam urusan rasmi jawatannya.

PENGURUSAN PEMBAYARAN ELAUN

Kelayakan pembayaran elaun gantian kenderaan akan terus dinyatakan di dalam surat lantikan dan urusan bayaran akan diuruskan oleh PSM PTJ/Fakulti.

Rujukan

  1. Pekeliling Perbendaharaan WP 4.1
  2. Kelulusan Mesyuarat LPU, UTM Khas Bilangan 2 Tahun 2019
(Dilawati 835 kali, 2 lawatan hari ini)