+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Bayaran Imbuhan Sara Hidup (BISH)

Kadar Bayaran

  1. Kadar Bayaran Imbuhan Sara Hidup (BISH) seperti jadual berikut :

                 Jadual 1 : Kadar Bayaran Imbuhan Sara Hidup

Kawasan

Kadar Sebulan (RM)

Kumpulan Pengurusan dan Profesional

Kumpulan Pelaksana

Kawasan A

300

350

Kawasan B

250

300

Kawasan Lain

150

200

 

2. Kawasan A dan B adalah berdasarkan persempadanan kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan yang ditetapkan seperti berikut:

Pihak Berkuasa Tempatan : Kawasan A

Negeri

Pihak Berkuasa Tempatan

Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur dan Putrajaya

Pulau Pinang

Pulau Pinang dan Seberang Perai

Selangor

Ampang Jaya, Kajang, Klang, Petaling Jaya, Selayang, Sepang, Shah Alam dan Subang Jaya

Johor

Johor Bahru dan Iskandar Puteri

 

Pihak Berkuasa Tempatan : Kawasan B

Negeri

Pihak Berkuasa Tempatan

Johor

Batu Pahat, Kluang, Kulai, Muar, Pasir Gudang dan Segamat

Kedah

Alor Setar, Kulim, Langkawi, Sungai Petani dan Kubang Pasu 

Kelantan

Kota Bharu

Melaka

Alor Gajah, Bandar Melaka dan Jasin

Negeri Sembilan

Nilai, Port Dickson dan Seremban

Perak

Ipoh, Kuala Kangsar, Manjung, Taiping dan Teluk Intan

Pahang

Bentong, Kuantan dan Temerloh

Perlis

Kangar

Terengganu

Kemaman, Kuala Terengganu dan Dungun

 

3. Kadar Bayaran Imbuhan Sara Hidup (BISH) bagi pegawai yang diperuntuk Rumah Kerajaan adalah seperti berikut:

a.

Rumah Kerajaan dalam lingkungan 25 kilometer radius dari tempat kerja (pejabat) dibayar atas kadar separuh daripada kelayakan pegawai; atau

b.

Rumah Kerajaan melebihi 25 kilometer radius dari tempat kerja (pejabat) dibayar atas kadar penuh.

Kelayakan

Pegawai yang layak menerima Bayaran Imbuhan Sara Hidup (BISH) adalah seperti berikut :

a.

Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana;

b.

lantikan tetap, sementara, kontrak (Contract of Service) dan guru interim;

c.

diluluskan sebarang jenis cuti bergaji penuh;

d.

diluluskan sebarang jenis cuti separuh gaji dibayar atas kadar separuh;

e.

diluluskan Cuti Belajar Bergaji Penuh di dalam negara dibayar mengikut lokasi institusi pengajian; atau

f.

diluluskan Cuti Belajar Separuh Gaji di dalam negara dibayar atas kadar separuh mengikut lokasi institusi pengajian.

(Dilawati 16,550 kali, 7 lawatan hari ini)