+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Bayaran Insentif Wilayah

Kadar Bayaran

Lingkungan Gaji
(termasuk Elaun Pemangkuan)
Peratusan Daripada
Gaji Yang Diterima
RM6,289.14 dan ke atas  12.5%
RM4,029.64 – RM6,289.13 15.0%
RM2,015.74 – RM4,029.63  17.5%
RM1,329.74 – RM2,015.73  20.0%
RM951.35 – RM1,329.73  22.5%
RM951.34 ke bawah  25.0%

 

Kelayakan

A) Bayaran Insentif Wilayah (BIW) layak dibayar kepada pegawai yang bertukar wilayah seperti
yang dinyatakan berikut;

1. Pegawai yang berasal dari Sabah / Sarawak yang dilantik dan / atau ditempatkan berkhidmat di
    Semenanjung;
2. Pegawai yang berasal dari Semenanjung yang dilantik dan / atau berkhidmat di Sabah / Sarawak;
3. Pegawai dari Sabah dan Sarawak yang bertukar di negeri-negeri itu

B) Bayaran Insentif Wilayah hendaklah diberhentikan kepada pegawai dalam keadaan berikut:

1. Cuti Tanpa Gaji;
2. Tempoh Cuti Rehat termasuk Hari Rehat Mingguan dan Hari Kelepasan Am bagi jumlah yang melebihi 28 hari berturut turut;
3. Tidak hadir bertugas atas sebab-sebab kesihatan walaupun dengan kebenaran setelah menggunakan Cuti Sakit sebanyak 15 hari yang layak;
4. Cuti Bersalin;
5. Cuti kerana berkursus melebihi 92 hari; atau
6. Kombinasi mana-mana jenis cuti di perenggan (i) hingga (v) di atas yang melebihi 28 hari berturut- 
    turut.

(Dilawati 45,210 kali, 36 lawatan hari ini)