+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor

Kadar Bayaran

Kelayakan Kadar Bayaran
Tidak mempunyai sijil RM40.00
Mempunyai sijil RM80.00


Bagi tujuan memperoleh sijil,PT (P/O) perlu menduduki dan lulus peperiksaan yang dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Perolehan Kerajaan, Perbendaharaan Malaysia.

Kelayakan

  • Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) yang layak dibayar BITPS adalah mereka yang menjalankan tugas pengurusan stor sepenuh masa dalam bidang berikut:
  1. Kawalan Stor
  2. Penstoran
  • Bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor (BITPS)) hendaklah diberhentikan kepada PT (P/O) dalam keadaan ia meninggalkan tugasnya selama 28 hari dan lebih secara berturut-turut.
  • Pengecualian diberi kepada mereka yang meninggalkan tugasnya bagi tempoh yang tidak melebihi 92 hari berturut-turut termasuk hari kelepasan mingguan dan kelepasan am, dalam keadaan berikut:
  1. Menghadiri kursus yang diarahkan oleh Ketua Jabatan
  2. Menjalankan tugas rasmi atas arahan Ketua Jabatan
  3. Bercuti sakit yang disokong oleh sijil sakit mengikut Perintah Am Bab ā€˜Cā€™
(Dilawati 1,701 kali, 3 lawatan hari ini)