+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Bayaran Insentif Tugas Kewangan

Kadar Bayaran

Kadar BITK ialah seperti yang berikut: 

KELAYAKAN JUMLAH BAYARAN BITK
Pegawai yang belum lulus peperiksaan kewangan yang dikendalikan oleh JANM atau tiada kelayakan akademik sebagaimana diperuntukkan dalam skim perkhidmatan Akauntan atau Penolong Akauntan RM40.00
Pegawai yang telah lulus peperiksaan kewangan yang dikendalikan oleh JANM atau memiliki kelayakan akademik sebagaimana diperuntukkan dalam skim perkhidmatan Akauntan atau Penolong Akauntan RM80.00

Kelayakan

Pembantu Akauntan dan Pembantu Tadbir (Kewangan) yang menjalankan tugas pengurusan kewangan sepenuh masa adalah layak dibayar BITK.

Pegawai-pegawai selain di atas, boleh diberi pertimbangan khas oleh Pegawai Pengawal untuk menjalankan tugas pengurusan kewangan dan layak dibayar BITK. Pegawai-pegawai tersebut adalah seperti yang berikut: 

(i) pegawai dalam skim perkhidmatan lain di Gred 28 dan ke bawah dengan syarat jawatan tersebut telah ditetapkan untuk menjalankan tugas pengurusan kewangan sepenuh masa tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan; dan

(ii) seorang pegawai dalam skim perkhidmatan lain-lain di Gred 28 dan ke bawah yang ditempatkan bertugas di pejabat kecil dengan syarat jawatan tersebut telah ditetapkan untuk menjalankan tugas dalam bidang pengurusan kewangan selain menjalankan tugas hakikinya.

PT (P/O) yang layak dibayar BITK adalah mereka yang menjalankan tugas kewangan sepenuh masa tugas kewangan dalam bidang berikut:-

  1. Pengurusan dan kawalan belanjawan
  2. Pengurusan Kewangan Am;
  3. Pengurusan Terimaan
  4. Pengurusan Perolehan kerajaan
  5. Pengurusan Bayaran Emolumen
  6. Pengurusan Pembayaran
  7. Pengurusan Akaun dan
  8. Pengurusan Pelaburan dan pinjaman.


Pegawai yang layak dibayar BITK adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti

yang berikut: 

  1. bagi Pembantu Akauntan dan Pembantu Tadbir (Kewangan), BITK dibayar mulai tarikh penempatan pegawai di jawatan yang melaksanakan tugas pengurusan kewangan sepenuh masa;
  2. bagi Pegawai-pegawai selain di atas, BITK dibayar mulai tarikh pegawai diarah menjalankan tugas pengurusan kewangan; dan
  3. bagi kadar bayaran BITK (ii):

 

KELAYAKAN JUMLAH BAYARAN BITK
Pegawai yang telah memiliki kelayakan akademik sebagaimana diperuntukkan dalam skim perkhidmatan Akauntan atau Penolong Akauntan semasa dilantik, layak dibayar BITK mulai tarikh pegawai diarah menjalankan tugas pengurusan kewangan. RM80.00
Pegawai yang lulus peperiksaan kewangan yang dikendalikan oleh JANM, layak dibayar BITK pada bulan berikutnya setelah tarikh keputusan peperiksaan tersebut dikeluarkan RM80.00
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan dan kemudiannya memiliki kelayakan akademik sebagaimana diperuntukkan dalam skim perkhidmatan Akauntan atau Penolong Akauntan, layak dibayar BITK pada bulan berikutnya setelah memiliki kelayakan akademik tersebut RM80.00

 

Pembayaran BITK hendaklah dibuat secara pro rata (proportionate) dalam keadaan di mana tempoh perkhidmatan pegawai tidak genap satu (1) bulan kalendar. Kaedah pengiraan BITK secara pro rata (proportionate) adalah seperti yang berikut

Pembayaran BITK akan terhenti, mulai hari pertama, apabila pegawai berada dalam keadaan seperti yang berikut: 

  1. Cuti Tanpa Gaji (termasuk Cuti Belajar Tanpa Gaji); 
  2. Cuti Separuh Gaji (termasuk Cuti Belajar Separuh Gaji); 
  3. kursus (termasuk Cuti Belajar Bergaji Penuh) yang tempohnya melebihi 92 hari termasuk Hari Rehat Mingguan dan Hari Kelepasan Am; 6 
  4. Cuti Rehat yang tempohnya melebihi 28 hari berturut-turut termasuk Hari Rehat Mingguan dan Hari Kelepasan Am; 
  5. cuti selain daripada Cuti Rehat, yang tempohnya melebihi 28 hari berturut-turut termasuk Hari Rehat Mingguan dan Hari Kelepasan Am; 
  6. kombinasi mana-mana jenis cuti yang tempohnya melebihi 28 hari berturut-turut termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Am dan hari-hari tidak hadir bekerja tanpa kebenaran; atau 
  7. menjalankan tugas rasmi selain daripada tugas hakiki atas arahan Ketua Jabatan yang tempohnya melebihi 92 hari berturut-turut. 

 

Pembayaran BITK adalah menjadi tanggungjawab jabatan di mana pegawai ditempatkan. Sekiranya BITK ini belum dibayar oleh jabatan asal bagi tempoh sebelum pegawai bertukar ke jabatan baharu, bayaran dalam tempoh tersebut hendaklah dibuat oleh jabatan asal.

(Dilawati 5,728 kali, 1 lawatan hari ini)