+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal

Kadar Bayaran

Skim Perkhidmatan Peratusan Daripada Gaji Yang Diterima

Kumpulan Pengurusan dan Profesional

kecuali bagi:

  • Pegawai Perubatan, 
  • Pegawai Pergigian, 
  • Pegawai Farmasi, 
  • Pensyarah Perubatan, 
  • Pensyarah Pergigian, 
  • Pensyarah Universiti (farmasi)  
  • Pensyarah UiTM (farmasi)Pegawai Perubatan, 

5%

RM750 sebulan tanpa mengikut gred bagi Pegawai yang disenaraikan.

 

 

 

Kumpulan Sokongan 10%
Jururawat dalam Kumpulan Sokongan 15%
Khas Untuk Penyandang kepada Jururawat dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang terlibat dalam pelaksanaan opsyen tukar lantik ke skim perkhidmatan Jururawat Bersepadu. 10%
Khas Untuk Penyandang kepada Jururawat yang terlibat dalam pelaksanaan opsyen tukar lantik ke skim perkhidmatan Pengajar (kejururawatan). 10%

 

Contoh Pengiraan

Gaji Pokok Sebulan (RM) BIPK 5% Sebulan (RM)
5,659.00 282.95
5,855.00 292.75

Kelayakan

Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) layak dibayar kepada pegawai seperti yang dinyatakan berikut:

  1. Mempunyai kelulusan yang disyaratkan dalam skim-skim perkhidmatan yang telah ditetapkan sebagai Perkhidmatan Kritikal
  2. Dilantik sebagai pegawai tetap/ sementara/ kontrak (pegawai kontrak dari dalam dan luar negara) dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang telah ditetapkan sebagai Perkhidmatan Kritikal
  3. Bertugas dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Kumpulan Sokongan
  4. Menggunakan kelulusan yang dimilikinya untuk menjalankan skop fungsi bidang tugas skim perkhidmatan yang telah ditetapkan sebagai Perkhidmatan Kritikal. 
  5. Skim perkhidmatan Pensyarah Universiti, Pensyarah UiTM, Pensyarah Perubatan dan Pensyarah Pergigian, bidang-bidang yang layak mendapat taraf kritikal ditentukan berasaskan kepada kelayakan yang diperolehi pegawai berkenaan pada peringkat sarjana/ doktor falsafah (Ph.D).
  6. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (kejuruteraan) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (kejuruteraan) yang mengajar di sekolah menengah perlu memenuhi syarat peruntukan waktu minimum mengajar sekurang-kurangnya mengajar 15 waktu seminggu untuk melayakkan diberi Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal

Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) hendaklah diberhentikan kepada pegawai dalam keadaan berikut:

A) Bayaran diberhentikan mengikut tempoh cuti bagi pegawai yang mengambil;

  • cuti tanpa gaji
  • cuti belajar tanpa gaji
  • cuti separuh gaji
  • cuti belajar separuh gaji
  • cuti belajar bergaji penuh kerana berkursus melebihi tiga (3) bulan
  • cuti rehat yang melebihi 28 hari berturut-turut
  • cuti haji yang melebihi 28 hari berturut-turut
  • cuti sakit yang melebihi 28 hari berturut-turut
  • cuti bersalin
  • kombinasi mana-mana jenis cuti di perenggan (vi) hingga (ix) di atas yang melebihi 28 hari berturut-turut. 
  • bayaran diberhentikan bagi tempoh pemangkuan pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang memangku jawatan Gred Utama/ Gred Khas

 

Rujukan

  • Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007 (berkuatkuasa mulai 1 Januari 2008)
  • JPA(S)256/21/3 Klt. 2(38) bertarikh 30 November 1992 (Dibatalkan)
  • JPA(S)256/21/3 Klt.3 (48) bertarikh 12 Mac 1993 (Dibatalkan)
  • JPA(S)256/21/3 Klt.3(59) bertarikh 19 Mac 1993 (Dibatalkan)
  • JPA(S)256/21/3 Klt.5(6) bertarikh 11 Oktober 1993 (Dibatalkan)
  • JPA(S)256/21/3 Klt.6(28) bertarikh 20 Julai 1994 (Dibatalkan)
  • JPA(S)63/158 Klt.4/(32) bertarikh 17 Disember 1999 (Dibatalkan)
  • JPA(S)324/14/9 Klt.18(47) bertarikh 21 Jun 2000 (Dibatalkan)
  • JPA(S)324/14/24 Klt.13(16) bertarikh 21 September 2000 (Dibatalkan)
  • JPA(S)63/158(SV27) bertarikh 1 Disember 2000 (Dibatalkan)
  • JPA(S)63/158(SV28) bertarikh 31 Januari 2001 (Dibatalkan)
  • JPA(S)63/158(SV43) bertarikh 11 Jun 2001 (Dibatalkan)
  • JPA(S)63/158(SV47) bertarikh 4 Julai 2001 (Dibatalkan)
  • JPA(S)4/40 KLT.4(11) bertarikh 16 Julai 200 (Dibatalkan)
  • JPA(S)63/158(SV60) bertarikh 19 November 2001 (Dibatalkan)
  • JPA(S)256/21/3-2 Klt.8(25) bertarikh 29 Januari 2003 (Dibatalkan)
  • JPA(S)(BPO)256/21/3-2 Klt.10(45)SK1(8) bertarikh 24 Mei 2005 (Dibatalkan)
  • JPA(S)(BPO)256/21/3-2 Klt.10(45)SK1(9) bertarikh 24 Mei 2005 (Dibatalkan)
  • JPA(S)(BPO)256/21/3-2 Klt.10(45)SK1(10) bertarikh 24 Mei 2005 (Dibatalkan)
  • JPA(S)(BPO)256/21/3-2 Klt.10(45)SK1(12) bertarikh 24 Mei 2005 (Dibatalkan)
  • JPA(S)(BPO)256/21/3-2 Klt.13(63) bertarikh 11 Julai 2006 (Dibatalkan)
  • JPA(S)(BPO)256/21/3-2 Klt.19(19) bertarikh 3 Julai 2007 (Dibatalkan)
  • pemakluman-pemakluman lain yang dikeluarkan oleh JPA sebelum ini (Dibatalkan)
(Dilawati 12,588 kali, 14 lawatan hari ini)