ANUGERAH PENTADBIR UTM 2025
LATAR BELAKANG ANUGERAH
Anugerah Pentadbir (AP) adalah anugerah yang diwujudkan oleh Universiti bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada staf kumpulan Pengurusan & Profesional (PPP) Gred 12 ke atas yang telah menunjukkan kecemerlangan serta memberikan sumbangan besar terhadap pembangunan, pelaksanaan dan peningkatan bidang Pengurusan dan Pentadbiran (P&P).
KATEGORI ANUGERAH : Individu
KRITERIA/SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
- Pencalonan terbuka kepada staf kumpulan Pengurusan & Profesional Gred 12 ke atas yang sedang berkhidmat pada tahun dinilai merangkumi semua kumpulan perkhidmatan sedia ada di Universiti.
- Pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sekurang-kurangnya sekali (1) dalam perkhidmatan.
- Bebas daripada dikenakan tindakan tatatertib dan surcaj dalam tempoh 10 tahun terakhir.
- Berkhidmat sekurang-kurangnya 10 tahun di UTM.
- Purata markah LNPT selama 10 tahun tidak kurang daripada 90%, dengan markah minimum sebanyak 85% bagi setiap tahun.
- Telah mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang sedang berkuatkuasa.
- Tiada Rekod Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
- Diperakukan oleh Ketua Jabatan.
- Pencalonan boleh dibuat oleh:
– Ketua Jabatan
– Mana-mana pihak/ rakan-rakan
– Diri Sendiri
– Jawatankuasa Anugerah Pentadbir - Calon perlu mengisi Maklumat Peribadi (Bahagian A, B dan C) di Borang Permohonan Anugerah Pentadbir 2025.
KAEDAH PENILAIAN DAN PEMARKAHAN
- Penilaian calon akan dilaksanakan melalui dua (2) peringkat di mana penilaian adalah berdasarkan kompetensi.
- Pada Peringkat Pertama, calon yang menghantar pencalonan akan disaring berdasarkan kriteria dan syarat permohonan. Seterusnya calon yang memenuhi kriteria dan syarat permohonan akan dinilai secara 360 Darjah oleh Pegawai Penyelia (Supervisor/Superior), Rakan Sekerja/Sebaya (Peers) dan Pegawai Seliaan/Bawahan (Subordinates).
- Manakala untuk Peringkat Kedua, calon akan dinilai menggunakan kaedah Behaviour Event Interview (BEI) yang juga mempunyai tiga (3) komponen utama dan dua (2) tambahan komponen sebagai pilihan.
NILAI ANUGERAH : Nilai anugerah berupa wang tunai RM3,000.00, trofi dan sijil
TEMPOH PENCALONAN: 13 MAC 2026 (JUMAAT) HINGGA 21 APRIL 2026 (SELASA)
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi:
- Puan Hamidah binti Mat Arif (No. Tel.: 07-5335438 / Email: hamidah-ma@utm.my)
- Puan Rohaniza binti Samingan (No. Tel.: 07-5333403 / Email: rohaniza@utm.my)
- Puan Siti Nazila binti Zainal (No. Tel.: 07-5333403 / Email: snazila@utm.my)
Sila klik pautan berikut bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Anugerah Pentadbir 2025:-
Segala kerjasama daripada pihak Y. Bhg. Prof./Prof Madya/Dr./Saudara/Tuan/Puan bagi pengisian pencalonan Anugerah Pentadbir UTM 2025 amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.