+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Pencantuman Perkhidmatan

  • Percantuman perkhidmatan lepas ialah proses mengagregatkan tempoh perkhidmatan sekarang dengan tempoh perkhidmatan dahulu di agensi awam lain bagi membolehkan keseluruhan tempoh perkhidmatan tersebut dimasukira untuk tujuan pengiraan faedah di bawah undang-undang pencen. Tempoh perkhidmatan yang boleh dipertimbangkan untuk percantuman ialah seperti yang terkandung di dalam Peraturan 5, 6, 7 dan 8, PU(A) 176 / 80 bagi pegawai perkhidmatan awam Persekutuan dan Negeri atau Peraturan 4, 5, 6 dan 7, PU(A) 134 / 90 bagi pekerja Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Anggota serta Ketua Jabatan hendaklah menguruskan permohonan percantuman perkhidmatan lepas semasa anggota masih lagi dalam perkhidmatan, iaitu selewat-lewatnya dua (2) tahun sebelum tarikh
    persaraan.
  • Permohonan percantuman perkhidmatan lepas hendaklah dikemukakan kepada JPA berserta borang dan dokumen ditetapkan.
Bil Borang dan Dokumen
a. Borang JPA.BP.SPPP.B05 – Permohonan Percantuman Perkhidmatan Lepas
b. Salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti bagi perkhidmatan sebelum dan perkhidmatan sekarang.
c. Salinan Kad Pengenalan pegawai
d. Salinan surat kelulusan peletakan jawatan atau pelepasan dengan izin daripada agensi-agensi terdahulu (jika berkenaan)
e. Salinan surat kelulusan cuti tanpa gaji (jika berkenaan)
f. Salinan surat tawaran pelantikan (jika berkenaan)
g. Borang BAT ā€˜Dā€™ 132 Pindaan 1/95 bagi bekas anggota tentera
h. Penyata Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) (jika berkenaan)
i. Surat persetujuan pembayaran balik ganjaran, sagu hati atau caruman majikan di LTAT daripada pegawai (jika berkenaan)
j. Salinan surat tawaran biasiswa bagi kes-kes peletakan jawatan bagi melanjutkan pelajaran (jika berkenaan)
k. Salinan dokumen lain yang berkaitan dengan perkhidmatan lepas yang hendak dicantumkan

Peraturan 4, 5, 6 dan 7, PU(A) 134 / 90 bagi pekerja Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

(Dilawati 723 kali, 2 lawatan hari ini)