Kemudahan Cuti
![094014800_1467219274-blog-laptop-copy-2](https://registrar.utm.my/bsm/wp-content/uploads/sites/420/2024/02/094014800_1467219274-blog-laptop-copy-2.jpg)
Permohonan Kebenaran Keluar Pejabat
- Pegawai hendaklah mendapatkan kelulusan daripada Pegawai Penyelia terlebih dahulu sebelum meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja dengan menggunakan borang yang disediakan.
- Tempoh maksimum yang dibenarkan hendaklah tidak melebihi 4 jam sehari atau separuh daripada waktu bekerja sehari (tidak termasuk waktu rehat), mana yang lebih rendah.
- Jika tempoh meninggalkan pejabat melebihi daripada tempoh maksimum yang ditetapkan pada hari tersebut, pegawai dikehendaki mengambil Cuti Rehat atau cuti lain yang berkelayakan.
Permohonan Pelepasan Bertugas
Bagi staf Jabatan Pendaftar yang ingin memohon kebenaran pelepasan jabatan dalam tempoh waktu bekerja untuk menyertai pertandingan perlulah mendapatkan kebenaran dari Ketua Bahagian/Pegawai Penyelia masing-masing dengan mengisi borang permohonan dan disertakan maklumat/jadual pertandingan. Kelulusan yang diterima perlu direkodkan oleh Kerani Cuti bahagian.
![pexels-photo-990819](https://registrar.utm.my/bsm/wp-content/uploads/sites/420/2024/02/pexels-photo-990819.jpg)
(Dilawati 178 kali, 1 lawatan hari ini)