Elaun Penanggungan Kerja

Kadar Bayaran

Contoh 1:
Jurutera Gred J41 menanggung kerja jawatan Jurutera Gred J44  
(Skim perkhidmatan yang sama)
 Elaun penanggungan kerja                  =  Gaji permulaan jawatan yang ditanggung kerja  (J44) X 25%
                                                              = RM3,026.12 X 25/100
                                                             
= RM756.53 sebulan

Contoh 2:
Pegawai Belia dan Sukan Gred S41 menaggung kerja jawatan Pegawai Belia dan Sukan Gred S44 secara Khas Untuk Penyandang (Gred hakiki jawatan ialah S41) (Jawatan KUP)

 Elaun penanggungan kerja                  =  Gaji permulaan Pegawai Belia dan Sukan Gred S41 X 25%  
                                                              =  RM1,688.89 X 25/100
                                                              =  RM422.22 sebulan

Kelayakan

  1. Melaksanakan tugas jawatan yang ditanggung kerja selama 28 hari berturut-turut termasuk cuti mingguan, kelepasan am dan juga cuti rehat atas sebab-sebab kecemasan serta cuti sakit secara terkumpul yang tidak melebihi daripada 5 hari bekerja;

     

  2. Seseorang pegawai yang sedang menanggung kerja tetapi kemudiannya meninggalkan tugas jawatan yang ditanggung kerja itu selama 14 hari atau lebih berturut-turut, iaitu termasuk cuti mingguan dan kelepasan am, amak pembayaran Elaun Penanggungan Kerja hendaklah dihentikan;

     

  3. Seseorang yang pernah diluluskan menanggung kerja dan kemudian diluluskan menanggung kerja jawatan yang sama boleh dibayar Elaun Penanggungan Kerja sekiranya tempoh penanggungan kerja kali kedua dan seterusnya tidak kurang 14 hari berturut-turut termasuk cuti mingguan dan kelepasan am; dan

     

  4. Jika pegawai yang menanggung kerja layak menerima Bayaran Lebih Masa, bayaran tersebut hanya boleh dibayar bagi tugas yang dilaksanakan selepas 2 jam 15 minit daripada waktu bekerja pejabat.

Rujukan

  1. Pekeliling Perkhidmatan Bil.17 Tahun 2007
(Dilawati 7,899 kali, 1 lawatan hari ini)