+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor

Kadar Bayaran

Kelayakan Kadar Bayaran
Tidak mempunyai sijil RM40.00
Mempunyai sijil RM80.00


Bagi tujuan memperoleh sijil,PT (P/O) perlu menduduki dan lulus peperiksaan yang dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Perolehan Kerajaan, Perbendaharaan Malaysia.

Kelayakan

  • Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) yang layak dibayar BITPS adalah mereka yang menjalankan tugas pengurusan stor sepenuh masa dalam bidang berikut:
  1. Kawalan Stor
  2. Penstoran
  • Bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor (BITPS)) hendaklah diberhentikan kepada PT (P/O) dalam keadaan ia meninggalkan tugasnya selama 28 hari dan lebih secara berturut-turut.
  • Pengecualian diberi kepada mereka yang meninggalkan tugasnya bagi tempoh yang tidak melebihi 92 hari berturut-turut termasuk hari kelepasan mingguan dan kelepasan am, dalam keadaan berikut:
  1. Menghadiri kursus yang diarahkan oleh Ketua Jabatan
  2. Menjalankan tugas rasmi atas arahan Ketua Jabatan
  3. Bercuti sakit yang disokong oleh sijil sakit mengikut Perintah Am Bab ‘C’
(Dilawati 1,825 kali, 3 lawatan hari ini)