Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal
Kadar Bayaran
Skim Perkhidmatan | Peratusan Daripada Gaji Yang Diterima |
Kumpulan Pengurusan dan Profesional kecuali bagi:
|
5% RM750 sebulan tanpa mengikut gred bagi Pegawai yang disenaraikan.
|
Kumpulan Sokongan | 10% |
Jururawat dalam Kumpulan Sokongan | 15% |
Khas Untuk Penyandang kepada Jururawat dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang terlibat dalam pelaksanaan opsyen tukar lantik ke skim perkhidmatan Jururawat Bersepadu. | 10% |
Khas Untuk Penyandang kepada Jururawat yang terlibat dalam pelaksanaan opsyen tukar lantik ke skim perkhidmatan Pengajar (kejururawatan). | 10% |
Contoh Pengiraan
Gaji Pokok Sebulan (RM) | BIPK 5% Sebulan (RM) |
5,659.00 | 282.95 |
5,855.00 | 292.75 |
Kelayakan
Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) layak dibayar kepada pegawai seperti yang dinyatakan berikut:
- Mempunyai kelulusan yang disyaratkan dalam skim-skim perkhidmatan yang telah ditetapkan sebagai Perkhidmatan Kritikal
- Dilantik sebagai pegawai tetap/ sementara/ kontrak (pegawai kontrak dari dalam dan luar negara) dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang telah ditetapkan sebagai Perkhidmatan Kritikal
- Bertugas dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Kumpulan Sokongan
- Menggunakan kelulusan yang dimilikinya untuk menjalankan skop fungsi bidang tugas skim perkhidmatan yang telah ditetapkan sebagai Perkhidmatan Kritikal.
- Skim perkhidmatan Pensyarah Universiti, Pensyarah UiTM, Pensyarah Perubatan dan Pensyarah Pergigian, bidang-bidang yang layak mendapat taraf kritikal ditentukan berasaskan kepada kelayakan yang diperolehi pegawai berkenaan pada peringkat sarjana/ doktor falsafah (Ph.D).
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (kejuruteraan) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (kejuruteraan) yang mengajar di sekolah menengah perlu memenuhi syarat peruntukan waktu minimum mengajar sekurang-kurangnya mengajar 15 waktu seminggu untuk melayakkan diberi Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal
Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) hendaklah diberhentikan kepada pegawai dalam keadaan berikut:
A) Bayaran diberhentikan mengikut tempoh cuti bagi pegawai yang mengambil;
- cuti tanpa gaji
- cuti belajar tanpa gaji
- cuti separuh gaji
- cuti belajar separuh gaji
- cuti belajar bergaji penuh kerana berkursus melebihi tiga (3) bulan
- cuti rehat yang melebihi 28 hari berturut-turut
- cuti haji yang melebihi 28 hari berturut-turut
- cuti sakit yang melebihi 28 hari berturut-turut
- cuti bersalin
- kombinasi mana-mana jenis cuti di perenggan (vi) hingga (ix) di atas yang melebihi 28 hari berturut-turut.
- bayaran diberhentikan bagi tempoh pemangkuan pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang memangku jawatan Gred Utama/ Gred Khas
Rujukan
- Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007 (berkuatkuasa mulai 1 Januari 2008)
- JPA(S)256/21/3 Klt. 2(38) bertarikh 30 November 1992 (Dibatalkan)
- JPA(S)256/21/3 Klt.3 (48) bertarikh 12 Mac 1993 (Dibatalkan)
- JPA(S)256/21/3 Klt.3(59) bertarikh 19 Mac 1993 (Dibatalkan)
- JPA(S)256/21/3 Klt.5(6) bertarikh 11 Oktober 1993 (Dibatalkan)
- JPA(S)256/21/3 Klt.6(28) bertarikh 20 Julai 1994 (Dibatalkan)
- JPA(S)63/158 Klt.4/(32) bertarikh 17 Disember 1999 (Dibatalkan)
- JPA(S)324/14/9 Klt.18(47) bertarikh 21 Jun 2000 (Dibatalkan)
- JPA(S)324/14/24 Klt.13(16) bertarikh 21 September 2000 (Dibatalkan)
- JPA(S)63/158(SV27) bertarikh 1 Disember 2000 (Dibatalkan)
- JPA(S)63/158(SV28) bertarikh 31 Januari 2001 (Dibatalkan)
- JPA(S)63/158(SV43) bertarikh 11 Jun 2001 (Dibatalkan)
- JPA(S)63/158(SV47) bertarikh 4 Julai 2001 (Dibatalkan)
- JPA(S)4/40 KLT.4(11) bertarikh 16 Julai 200 (Dibatalkan)
- JPA(S)63/158(SV60) bertarikh 19 November 2001 (Dibatalkan)
- JPA(S)256/21/3-2 Klt.8(25) bertarikh 29 Januari 2003 (Dibatalkan)
- JPA(S)(BPO)256/21/3-2 Klt.10(45)SK1(8) bertarikh 24 Mei 2005 (Dibatalkan)
- JPA(S)(BPO)256/21/3-2 Klt.10(45)SK1(9) bertarikh 24 Mei 2005 (Dibatalkan)
- JPA(S)(BPO)256/21/3-2 Klt.10(45)SK1(10) bertarikh 24 Mei 2005 (Dibatalkan)
- JPA(S)(BPO)256/21/3-2 Klt.10(45)SK1(12) bertarikh 24 Mei 2005 (Dibatalkan)
- JPA(S)(BPO)256/21/3-2 Klt.13(63) bertarikh 11 Julai 2006 (Dibatalkan)
- JPA(S)(BPO)256/21/3-2 Klt.19(19) bertarikh 3 Julai 2007 (Dibatalkan)
- pemakluman-pemakluman lain yang dikeluarkan oleh JPA sebelum ini (Dibatalkan)
(Dilawati 16,728 kali, 4 lawatan hari ini)