Elaun Khas Tugas Pentadbiran
Kadar Bayaran
Jawatan | Elaun (RM) |
Pro-Naib Canselor | 1500 |
Dekan | 1000 |
Dekan | 900 |
Pengerusi/Pengerusi Penyelidikan | 800 |
Pengerusi Sekolah | 800 |
Pengarah/ Pengarah Kerja | 800 |
Pengarah/ Pengarah Institut | 700 |
Pengarah | 600 |
Timbalan Pengarah | 700 |
Timbalan Pengarah | 600 |
Timbalan Dekan | 800 |
Timbalan Pengerusi | 700 |
Pengetua Kolej | 700 |
Penolong Dekan | 700 |
Naib Pengerusi Sekolah | 600 |
Pengurus | 600 |
Pengurus Akademik | 600 |
Pengurus Teknologi Maklumat | 600 |
Eksekutif Penyelidik | 600 |
*Nota:
Jika penyandang memegang 2 jawatan dalam satu masa maka elaun khas pentadiran hanya dibayar salah satu kadar sahaja mengikut mana yang tertinggi.
Kelayakan
Penyandang layak menerima Bayaran Elaun Khas Pentadbiran sepanjang tempoh lantikan sebagai Pentadbir Akademik KECUALI dalam keadaan seperti berikut:
- Bercuti tanpa gaji (termasuk cuti belajar tanpa gaji);
- Bercuti separuh gaji (termasuk cuti belajar separuh gaji);
- Diluluskan Cuti Sabatikal Khas;
- Berkursus dengan bergaji penuh melebihi 3 bulan;
- Bercuti rehat melebihi 28 hari berturut-turut;
- Cuti Haji, Cuti Bersalin & Cuti Sakit yang melebihi 28 hari berturut-turut; atau
- Meninggalkan perkhidmatan atas apa-apa sebab lain selama 28 hari berturut-turut
*Bayaran Elaun Khas Pentadbiran akan ditamatkan bagi tempoh seperti di atas. Walau bagaimanapun, Universiti boleh melantik staf akademik lain untuk menjalankan tugas pentadbiran dalam tempoh tersebut dan dibayar elaun menjalankan tugas mengikut kadar kelayakan jawatan tersebut.
Rujukan
- Pekeliling Perkhidmatan Bil.6 Tahun 1985
- Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 Tahun 1995
- Garis Panduan lengkap berkenaan Pelantikan Pentadbir Akademik yang telah disediakan oleh Unit Governan, Pejabat Pendaftar, UTM Johor Bahru boleh dirujuk di pautan ini. Klik Sini
(Dilawati 2,294 kali, 1 lawatan hari ini)