Bayaran Imbuhan Perumahan Wilayah

Kadar Bayaran

NEGERI DAN BANDAR GRED/KADAR SEBULAN (RM)
PENGURUSAN TERTINGGI PENGURUSAN & PROFESIONAL KUMPULAN SOKONGAN
TURUS A B C 53-54 45-52 41-44 27-40 1-26
Johor  
Johor Bahru 2500 2000 1600 1300 900 700 500 450 400
Kawasan lain 2500 2000 1600 1300 900 700 300 280 230
 
Kuala Lumpur/Putrajaya  
Semua Kawasan 2500 2000 1600 1300 1100 700 600 550 500


Catatan: Kadar Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) akan digunakan jika kadar EPW lebih rendah

 

Kelayakan

Bayaran Imbuhan Perumahan Wilayah (BIPW) dibayar kepada pegawai mulai dari tarikh pegawai melaporkan diri di Wilayah baru tertakluk kepada peraturan seperti berikut:

1. Pegawai yang dibayar BIPW tidak layak Imbuhan Tetap Perumahan (ITP);
2. Pegawai yang tidak menduduki rumah kerajaan boleh memilih sama ada menerima BIPW atau ITP;
3. Pegawai yang menduduki rumah kerajaan tidak layak BIPW dan tidak layak ITP (rumah diperuntukkan kepada
    pegawai secara perseorangan atau secara berkongsi);

4. Pegawai yang menduduki rumah kerajaan yang diperuntukkan kepada suami atau isteri, tidak layak BIPW  
    tetapi layak ITP;

5. Pegawai suami dan isteri yang bertukar Wilayah dan tidak menduduki rumah kerajaan, boleh dibayar ITP
    masing-masing. Walau bagaimanapun, salah seorang antara mereka boleh memilih BIPW;

6. Pegawai yang bercuti tanpa gaji tidak layak kedua-dua BIPW dan ITP;
7. Pegawai yang telah membeli rumah dalam stesen pegawai berkhidmat dengan pinjaman perumahan
    Kerajaan tidak layak BIPW;

8. Pegawai yang menghadiri kursus melebihi 3 bulan tidak layak BIPW; dan
9. Pegawai yang bertukar Wilayah yang dibenarkan menduduki hotel melebihi tempoh yang ditetapkan dalam
    Pekeliling Perbendaharaan semasa pertukaran, akan kehilangan secara proportionate EPW bagi tempoh            tambahan yang beliau tinggal di hotel.

(Dilawati 11,539 kali, 2 lawatan hari ini)