Bagi staf yang telah berkhidmat lebih 3 tahun
- Pemilihan trek DCPpada tahun 2019 adalah dikira sebagai pemilihantrek kali pertama.
- Selepas pemilihan trek kali pertama, staf dibenarkan menukar trek DCP dua (2) kali sahaja dalam tempoh sepuluh (10) tahun pertama (tidak termasuk pilihan trek kali pertama).
- Selepas itu staf masih boleh menukar trek DCP, hanya satu (1) kali sahaja dalam tempoh setiap sepuluh (10) tahun berikutnya.
Bagi staf yang telah berkhidmat kurang 3 tahun
- Staf akan membuat pemilihan trek DCP kali pertama selepas genap tempoh 3 tahun perkhidmatan di UTM dan disahkan dalam perkhidmatan.
- Staf boleh menukar trek DCP dua (2) kali sahaja dalam tempoh sepuluh (10) tahun pertama perkhidmatan di UTM (tidak termasuk pilihan trek kali pertama).
- Selepas itu staf masih boleh menukar trek DCP, hanya satu (1) kali sahaja dalam tempoh setiap sepuluh (10) tahun berikutnya.