+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Merujuk kepada Pekeliling Pentadbiran Bil.34 Tahun 2020, sukacita dimaklumkan Cuti Umum bagi Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2020 adalah pada 24 dan 25 Mei 2020 bersamaan dengan 1 dan 2 Syawal 1441H.

Sehubungan dengan itu, Bahagian Sumebr Manusia (BSM), Jabatan Pendaftar telah membuat ketetapan bahawa tempoh penutupan operasi bermula dari 24 Mei 2020 (Ahad) hingga 28 Mei 2020 (Khamis). BSM akan beroperasi semula mulai hari Ahad, 31 Mei 2020.

Dikesempatan ini, kami warga kerja Bahagian Sumber Manusia ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon Maaf Zahir dan Batin untuk seluruh warga UTM. Semoga semua sentiasa menjaga diri dan patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

(Dilawati 542 kali, 1 lawatan hari ini)